.footer-outer{display:none;}

Trip to Gunung Santubong, Sarawak

Hello!

Dulu masa kecil kecil mesti pernah dengar pasal lagenda Puteri Santubong & Puteri Sejinjang penjaga gunung negeri Sarawak. Atau pun belajar kajian tempatan masa sekolah rendah dulu pasal ni. Tak sangka, finally after 19 years breathing dapat juga menjejakkan kaki ke salah satu gunung terkenal ini cewah

Sebenarnya pergi gunung ni 2 minggu lepas tapi baru harini rasa macam rajin nak update blog huha okay aku pergi berenam (classmate + housemates) hari Ahad, sebelum masuk block 2. Kami dari Unimas dan perjalanan dalam 45 mins - 1 jam, lebih kurang la. Kami bertolak awal pagi dan sampai sana dalam jam 9 lebih. Sebelum bertolak jangan lupa breakfast ye!


Nak masuk sini tak dikenakan bayaran cuma korang perlu register la, in case kalau apa apa jadi nanti senang pihak pengurusan rekod berapa ramai yang ada kat dalam hutan tu. Disebabkan ni kali pertama aku hiking en so rasa macam excited lah juga tapi sayangnya kami tak sampai pun puncak. Kitaorang punya plan cuma nak bersuka ria di waterfall je. Nak sampai waterfall pun dah lelah, apatah lagi puncak tinggi itu. Ceh.

Bagi yang pertama kali nak hiking tu kan, antara benda yang korang wajib prepare adalah;
  1. Air mineral (1L at least sebab korang nak daki gunung kot, peluh banyak keluar so kena la ganti balik air yang hilang dalam badan tu)
  2. Pakaian spare in case korang tetibe jatuh kan baju kotor so tukar la. Atau korang nak bermandi manda bersuka ria macam kami kat air terjun
  3. Makanan, at least roti. Mana tahu korang lapar ke tak cukup glucose dalam badan ke so boleh la makan sikit.
  4. Ubat ubatan. Yang basic macam minyak angin, panadol, plaster. Ubat ubat lain tu bergantung la kalau korang ada penyakit lain.
  5. Torch light, kalau korang plan nak stay situ sampai petang so rasanya perlu kot bawa. Sarawak tak macam semenanjung, pukul 5 lebih je dah macam pukul 7.
Barang barang yang lain tu bergantung la dengan korang semua ye. Anyway macam biasa, enjoy the pictures! :)




Fi Hifzillah.

MeDiary: 2 months as medical student pheww

Assalamualaikum

Update blog sebab rasa sangat bosan lepas habis exam block 1 dan ni kira macam reflective journal sepanjang 2 bulan kat sini as medical student so lepas ni hopefully takde la buat kesilapan yang sama huahuahua psstt this post is quite boring for you guys so dont read it! :P unless kau nak mohon course medic kat unimas so baca ah

Image result for gif medical student

Banyak sangat yang aku belajar sepanjang jadi pelajar perubatan selama 2 bulan ni. Dari segi pelajaran dan juga pengajaran kepada diri sendiri.

Dari segi pelajaran, course medic kat sini guna sistem block di mana setiap block selalunya 2 bulan termasuk minggu exam+ EOB (end of block) Dan kami sangat special sebab tak macam student lain, kami tak ada mid-sem break/sem break. Tapi boleh je balik masa study week tu. Dan selalunya lepas habis setahun, kami akan ada cuti lebih kurang 2 bulan macam tu sebelum masuk year 2.

Untuk setahun, kami akan belajar 5 block dan Alhamdulillah sekarang ni dah lepas block 1. Oh EOB tu bila dah habis satu block, akan ada exam and at least kena dapat 50 out of 100 each block untuk pastikan lulus masuk year 2. So maksudnya untuk lulus year 1, kena dapat at least 250/500. Kalau tak, kena repeat lagi la year 1 huhuhu

Okay sepanjang 2 bulan kat sini, aku macam blur lagi. Blur dengan kehidupan baru, bahasa kat sini, kawan semua so macam wowwwww i really wanna kill myself rasanya waktu tu. Dan aku tak dapat lagi rentak untuk belajar lagi. You guys bayangkan, i tengah adapt dengan kehidupan kat sini and at the same time I kena belajar banyak2. ugh! -.-

Tapi Alhamdulillah, sekarang ni macam slow slow dah boleh sesuaikan diri dengan kehidupan kat sini dan jadi pelajar perubatan ni, kita tak boleh alpa dan lalai. Mungkin dulu zaman asasi/matrik banyak main, so bila dah masuk degree ni kena la buang sikap hodoh tu huhuhu okay thats all! Muah.


Ni tasik unimas. You guys boleh kayak petang kalau rajin :P





Okay ni bilik I. I duduk dengan 2 lagi roommate I, yes ni bilik triple (Kolej Cempaka)


Orientasi bosaaaaan -.-




Fi Hifzillah.