Tuesday, 30 December 2014

#BantuanBanjir

Assalamualaikum

Banyak betul ujian dan dugaan kepada rakyat Malaysia tahun ni. Seperti yang kita tahu, kehilangan MH370 yang masih menjadi tanda tanya, kemudian perginya MH17 yang tidak kembali,  dan kini banjir yang melanda negara kita terutamanya negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Tak terkecuali juga Perak serta Pahang.

Mungkin ada hikmah disebalik ujian ni. Semoga mangsa banjir tabah dan bersabar lah ye. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

So far, apa yang aku dengar dari berita, hujan dekat negeri Kelantan dan mula berhenti tapi banjir belum surut lagi. Sama sama lah kita berdoa keselamatan mangsa mangsa banjir kali ini.

Memang sedih bila baca sms/whatsapp yang orang sebarkan dekat media social. Sedih sangat tengok keadaan mangsa banjir ni semua. Aku pasti ada diantara kita nak tolong mangsa banjir ni kan? Tapi taktahu macam mana caranya. Mungkin kita tak mampu nak tolong dari segi fizikal (menghantar barang derma ke pusat pemindahan) tapi sebenarnya ada cara lain.

Haaa hangpa semua mesti tak sabar kan nak tolong mangsa banjir ni? Mehh aku nak kasi habaq (amboi, sejak bila dah jadi orang Penang ni) korang semua boleh membantu mereka yang memerlukan dengan menderma kepada Tabung Bantuan Banjir MERCY Malaysia.

Embedded image permalink

"MERCY Malaysia sedang menjalankan kempen derma bagi mengumpul dana untuk mangsa-mangsa banjir. Sila lawati laman MERCY Malaysia Facebook untuk maklumat lanjut tentang bagaimana anda boleh menderma dan memberi sumbangan dalam usaha menyelamatkan nyawa ini."

Selain itu.

Ada juga badan-badan amal lain yang boleh korang derma selain MERCY Malaysia ni
https://www.malaysiakini.com/news/284682

Usaha korang untuk membantu mangsa mangsa banjir ni amatlah dihargai. Mungkin kita tak dapat balasan dunia, tapi ingat menyedekahkan harta kita kepada orang yang memerlukan, ganjarannya pahala yang berlipat ganda. Siapa taknak pahala wehhh.

Akhir sekali, kalau derma pun susah sangat bagi korang, cukuplah sekadar mendoakan keselamatan mangsa banjir dan hujan berhenti.



Fi Hifzillah.

Thursday, 25 December 2014

Pantang Larang katanya!

Assalamualaikum

"Hi anak dara, apa menyanyi dekat dapur ni" - nenek

Biasalah, life is meaningless without music.

Pasti korang pernah dengar pantang larang orang dulu dulu kan?

Anak dara jangan menyanyi dekat dapur - nanti dapat suami tua
Anak dara jangan makan leher ayam - nanti kepala senget masa bersanding
Anak dara jangan bangun lambat. - nanti susah dapat jodoh
Anak dara jangan makan tukar tempat. - nanti kahwin ramai

Haaa ambil, semua pantang larang untuk anak dara. Actually ada banyak lagi pantang larang, bukan untuk perempuan je, lelaki pun sama.

Sebenarnya, pantang larang ni tak berapa betul pun. Eh bukannya aku nak cakap orang dulu menipu, dokk eh. Cuma orang dulu dia memberi teguran secara halus, dengan berkias kias. Supaya orang yang dimaksudkan tu tak terasa tapi dapat mesej yang disampaikan.

But people nowdays dengan lantangnya bersuara, memberi teguran secara public. Comment dekat instagram with those harsh words ouch. Aku salute dekat artis artis yang selalu kena bash dengan pengguna media sosial ni. And you guys (yang selalu bash orang) perlu tahu, tegur bukan dengan cara macam tu. Ada macam macam cara lagi nak menegur tanpa jatuhkan maruah orang.

👌

Eh, nampaknya macam dah lari topik ni eh eh, maaf kalau ada yang terasa ye.

But kalau pantang larang macam ni,

"Makan jangan bertindih pinggan, nanti beristeri dua"

Yang ni macam mana pula ye? Pantang larang ke....
Lelaki, taknak cuba? Miahaha

Fi Hifzillah.

Wednesday, 24 December 2014

Peminat Nasi Ayam & Nasi Beriani

Assalamualaikum

"Abah, lapar"

Orang duk sibuk shopping baju tapi aku yang tak keruan sebab lapar bebenor. So abah tanya nak makan dekat restoran A atau pun restoran Baser. Sebab aku dah biasa makan kat restoran A, so aku pilih lah restoran Baser ni kat Kota Tinggi.

Restoran Baser ni terkenal sangat dengan keenakan Nasi Ayam nya. Mula mula singgah restoran ni sebab nak rasa nasi ayam dia, tapi bila nampak menu ada beriani kambing haa apa lagi, beriani kambing lah nampaknya! Perghhh sedap weh makan beriani kambing lagi lagi masa tu hujan.



Siapa peminat Nasi Ayam? Nasi Beriani Kambing? Okayyyy siapa siapa peminat dua makanan ni, aku recommend korang singgah Restoran Baser ni. Memang umpph ah, makanan tip top. Harga makanan pun berpatutan, layanan pun Alhamdulillah okay :)

Cuma yang jadi masalah, ramai sangat orang hehe biasalah, makanan sedap. Orang pun ramai lah singgah termasuk aku miahaha.

Restoran ni ada banyak cawangan lagi lagi dekat Kota Tinggi, Johor. Yang aku pergi pun dekat dekat dengan Klinik Hussein. Kalau ada orang Selangor yang teringin sangat nak makan nasi ayam/ nasi beriani Baser ni, jangan risau. Takpayah susah susah pergi Johor, ada satu lagi cawangan dekat Puchong. Rancangan tv Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) pun pernah datang sini. Untuk maklumat lanjut, korang boleh lah layari http://restoranbaser.blogspot.com/

Restoran Baser
No 23, Jalan Ibrahim
81900 Kota Tinggi Johor
Tel: 019~7080809

Restoran Baser
Jalan Niaga 2
Kota Tinggi

Restoran Baser
No 28, Jalan Niaga 3
Kota Tinggi

Kedai Makan Baser
Kg Batu 4
Kota Tinggi

Restoran Warong 
Kota Padang Saujana
Taman Seri Saujana
Kota Tinggi 

Restoran Baser
Jalan 5/1 Bandar Puteri 
Puchong Selangor
Tel: 017~2697700
03~80604124

Waktu perniagaan: 10 pagi ~ 11 malam

Fi Hifzillah! :)

Saturday, 20 December 2014

Well Done Harimau Malaya.

Assalamualaikum

Dah lama tak update blog, dah lama tak berblogwalking hikhik maaf ye yang minta di singgah balik, InsyaAllah esok aku mulakan balik sesi berblogwalking. Sekarang tengah busy layan Kdrama - Doctor Stranger.

Sedang jari ni nak menaip TAHNIAH MALAYSIA sebab menang (kahkah masa ni confident Malaysia akan menang) tiba tiba....

Eh eh
Ehhh.....
EHHHHHH! No way!

K, Thailand dapat score 2 masa second half koh koh. Walaupun malam ni Malaysia 3-2 Thailand, but we lose bcs of the aggregate. Ye, aku pun tak berapa pro bab bab bola ni, aku baca tweet. Lagipun haritu Thailand menang 2-0 kan?

Anyway, congrats Harimau Malaya! Dan coach Dollah Salleh. Tahniah kepada penyokong penyokong Malaysia, tahniah kepada wartawan tak berbayar di twitter. Semangat macam ni lah yang kita perlukan. Its okay . You did a good job for our country . And we all proud of you ! :)

Cuba teka siapa....

Jeng jeng!

Dan Tahniah juga kepada Thailand. Harap harap esok kedai kedai Siam jual tomyam percuma untuk rakyat Malaysia kehkeh. Diharapkan juga tiada pergaduhan/rusuhan berlaku lepas ni ye. 

Fi Hifzillah.

Monday, 15 December 2014

Misi 4 KG!

Assalamualaikum

Korang semua ada tips tak nak naik kan berat badan ni? Oh tanpa membuncitkan perut ye, aku bukan nak gemuk, cuma nak tambahkan berat badan je hm share lah sikit ye!

Orang selalu sibuk search google "Tips Kuruskan Badan" "Cara Mendapat Kaki Langsing" and so on

Tapi bukan aku. Setiap hari aku pasti search;

"Tips menaikkan berat badan"
"Cara cepat gemuk"

Oh kenapa lah aku tidak seperti perempuan lain di luar sana yang dok sibuk nak kurus miahaha.

Masa form 3 dulu, aku sibuk nak turunkan berat badan, kononnya 48kg tu dah kira over ah.
Padahal bila check BMI (Body Mass Index), normal je. Sesuai lah dengan ketinggian aku

Tapi lepas operation appendix, berat aku menurun. Sepatutnya aku kena bersyukur sebab hajat form 3 dulu dah tercapai, Daripada 48kg ke 43kg. Dan tak pernah naik sampai sekarang.

My current weight, baru timbang pagi tadi.

Disebabkan aku ni underweight (since kena appendix), aku cepat penat dan lesu.
Aku mudah sangat rasa dunia ni gelap, hampir pengsan. 
Bila check blood pressure, semuanya normal. 
Entah apa lah masalahnya.

Bila perempuan lain sibuk nak skinny leg, nak thigh gap lah bagai, aku mengeluh bila tengok kaki aku macam lidi ni. 

"Makan nasi, pagi petang siang malam awak kena makan nasi" - 858
"Makan banyak sikit. Tu haa minum susu, minum milo" - Mak

Soal makanan, memang aku powerrrrr. Disebabkan aku ada gastric (amboi banyak sangat penyakit aku ada ni)  aku tak boleh skip makan. 
Mesti makan on time, kadang kadang setiap masa kena ada makanan. Kalau  travel tu, tak sah kalau tak standby roti. Pedih woo kena gastric ni.

Tapi lately ni, selera makan nasi tu dah kureng. Tengok nasi je, mak aihhh tak boleh. Rasa nak muntah. Ada sampai satu tahap tu, seminggu aku tak makan nasi.

So misi aku selama sebulan ni, aku nak naikkan berat badan sebanyak 4KG!

Ehem// Ingat lagi entry aku Kau kena reject? Kebanyakkan cerita cinta yang aku share berdasarkan pengalaman yang aku kutip dari kawan dan rakan sekeliling (sebab orang selalu luah perasaan bila putus/ kecewa dgn cinta dekat aku) sekadar sharing je huhu dan aku tak mereject/direject pun kihkih

Fi Hifzillah.

Sunday, 14 December 2014

First Giveaway by Erza

First Giveaway By Erza 

*** sempena kelahiran putera kedua***




1. Wajib follow blog ERZA dan google+ follower


2. Wajib like fanpage Zaf's Outlet 

3. Buat satu entri bertajuk "First Giveaway by Erza" dan 
letak banner di atas, backlink ke entri ini


4. Tinggalkan URL entri korang di SINI

5. Siap dan good luck friends!!!

Kau kena reject?

Assalamualaikum




Jatuh Cinta // iamNeeta

"Awak, terima kasih sebab hadir dalam hidup saya tapi saya masih sayang ex saya dan dia pun nak saya balik" - jejakaTampan

Ouch! #AyatRejectKejam #Friendzoned Haha ni semua gara gara timeline twitter semalam yang bersepah dengan hashtag AyatRejectKejam ni perghh memang kena reject kaw kaw punya ah!

So kalau kau orang perempuan ni yang berada dalam situasi di atas, apa perasaan korang? Rasa macam nak langgar jejakaTampan tu guna lori ayam kan? Ye, aku pun begitu.

Orang kata kalau nak cepat move on, cari pengganti. Kau yakin kau boleh move on dengan cara begitu? Aku rasa tak.

Kau datang dalam hidup dia, bagi harapan dekat dia. Kau cakap kau sayang dia.
Tapi hakikatnya, hati kau masih dengan ex kau. Setiap apa yang kau buat dengan kekasih baru kau, kau akan ingat ex kau.

Dan bila ex kau nak getback, tanpa fikir masak masak, kau terima. Kononnya masih ada baki sisa cinta kau dengan si ex. Kononnya masih ada peluang untuk kau dengan ex kau.

Puih.

Habis, apa jadi dengan kekasih baru kau? Kau tinggalkan dia.

Rupanya dia hanya pelarian bagi kau. Dia hanya tempat persinggahan setelah hati kau remuk hancur berkecai.

Kalau rasa diri belum move on, jangan duk gatai eh nak cari pengganti.

Kenapa?

Sebab ungkapan sayang yang kau ucap untuk girlfriend/boyfriend baru kau tu cuma ucapan palsu. Sebenarnya kau keliru dengan perasaan kau. Kau ingat kau boleh move on bila kau cuma pengganti, rupanya tak.

Buat awak yang dah kena reject tu, tak payah sedih sangat. Ye aku tahu sakit.

Kalau nak nangis, nangis lah puas puas. Nangis lah sampai mata kau lebam bengkak merah semua. Nangis lah walaupun kau tak tidur malam. Semoga dengan tangisan tu, hati kau akan lebih tabah. Lebih sado katanya harharrr
Nangis selama mana kau mahu, sampai kau rasa okay.

Menangis bukan bermaksud kita lemah. Kita menangis untuk mencari kekuatan.

Tapi jangan lah sampai kau meroyan kat media social, semua status/tweet diCAPSLOCK kan.

"SAMPAI HATI AWAK BUAT SAYA MACAM NI"
"SAYA SAYANG AWAK"
"CILAKA PUNYA PEREMPUAN"

Nyampah tahu? Tampo kang.

Remember if you want to be happy you must choose to be happy instead you stuck in the sad life like I'm having rn. So be happy InsyaAllah x - Senior

Saturday, 13 December 2014

SIMPLE GIVEAWAY BY LICHA

Assalamualaikum! :)

//klik banner kalau nak join\\

Hadiah Penyertaan 
RM 20 X 6 pemenang
1 blog review oleh setiap penganjur (4 pemenang)
3 hadiah misteri

Tarikh Penting

Tempoh GA berlangsung: 12.12.14 - 2.1.2015
Tarikh Pengumuman Pemenang : 5.1.2015.
Tarikh Pembayaran Hadiah : 5.1.15 - 10.1.15 (selewat-lewatnya)

*all the best*
Fi Hifzillah.

Manisnya Cinta Di Cappadocia

Assalamualaikum

Siapa pernah tengok Istanbul Aku Datang? Yeah, cerita yang dilakonkan oleh Lisa Surihani dan Beto Kusyairy memang sampai sekarang mendapat tempat di hati aku. Lisa Surihani yang comel (aku peminat setia dia), tambah pula dengan pemandangan Istanbul yang memang umphhh lawa tu buat cerita tu tiptop ah!

Haritu tengok MLM, AC Mizal tanya Fazura pasal satu filem ni. Sebab tajuk dia macam best, so aku google lah kan. Mana tahu ada masa nanti boleh lah pergi wayang kihkih. Filem ni diadaptasi dari novel karya Anis Ayuni dan dibarisi pelakon yang best plus shooting kat luar negara lagi alamak tak sabarnya nak tengok!

Jom kita layan sinopsis filem ni;



Ifti Liyana tidak pernah mendambakan sayang dari lelaki yang bernama Fredo. Bertahun bersama, namun tiada segelumit perasaan untuk jejaka itu. Akhirnya, Fredo menikahi gadis lain dan tinggallah Ifti Liyana menyusuri hidupnya sendiri. Pertemuan pertama dengan Nazmi telah mencambahkan perasaan yang dia sendiri tidak fahami. Kehadiran Nazmi menghuru-harakan perasaannya. Namun, rasa rindu yang mulai datang mengebu di hakis dengan rasa keegoan. Di benamkan rasa rindu tapi hati terlalu degil untuk memahami apa yang di lakarkan oleh akal. Rindu tetap datang dan datang.
 
Nazmi pasti, Ifti Liyanalah gadis yang dicari untuk menjadi suri hatinya. Sifat keibuan dan lemah lambut milik Ifti Liyana sangat menerujakan hatinya. Diuji Ifti Liyana dengan kekurangan diri namun Ifti Liyana tidak pernah menolak untuk berteman dengannya. Antara keinginan untuk menyayangi atau sangsi akan kejujuran kaum lelaki, Ifti Liyana buntu. Lelaki itu yang sekejap ada dan sekejap menghilang bagai bermain tarik tali dengannya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Dirinya kerinduan namun untuk diungkapkan dia sangsi, adakah Nazmi jugak berperasaan yang sama dengannya?

Bila kasih mula membara, bahangnya mulai terasa. Akhirnya, Nazmi melafazkan ungkapan yang dinanti. Kasih berpadu namun tercalar bila cemburu menguasai akal fikiran. Tanpa usul periksa, Ifti Liyana menjatuhkan hukuman. Nazmi terkapai-kapai mencari punca. Permasalahan terungkai kini. Sukarnya mengucapkan kata maaf. Demi cinta dan sayangnya, Ifti Liyana membuang ego yang tersarat padu di hatinya. Dia yakin Nazmi tercipta untuknya. Yang akan melindungi dan mengasihinya hingga ke akhirnya.  

Jom ramai ramai kita serbu pawagam yang terdekat.Fi Hifzillah.

Pemurahnya awak Nuffnang!

Assalamualaikum.

Bila baca entry orang yang dapat banyak CPUV semenjak dua menjak ni, aku jadi jealous pula eh eh mana aciii aku tak dapat. Dia punya tahap jealous tu sampai terbawa bawa dalam mimpi huhu tapi mimpi indah ah. Mimpi dapat CPUV tau miahaha pastu bangun bangun je terus on laptop (nampak tak gelojohnya aku)

Buka je nuffnang terus tersenyum. Alhamdulillah, dapat lagi. Banyak pula tu hikhik pemurahnya awak Nuffnang, thankyou! Terima kasih.



Thanks kepada rakan blogger yang sudi singgah blog ni. 
Tanpa anda, siapa lah saya ecewah ayat
Fi Hifzillah.

Aku dalam entry siapa pula?

Assalamualaikum

Kemain tau tajuk, macam best sangat je blog aku ni sampai nak masuk dalam entry orang kihkih
Alhamdulillah terima kasih kepada Adik Syara Nur Qistina (boleh panggil adik tak?) yang sudi singgah blog akak (kahkah tetibe tukar panggilan) dan masukkan blog ni dalam entry awak ye. Muah ciked :*



Sebenarnya blog aku ni memang simple sangat, sebab aku seorang yang simple. Hakikatnya, tak pandai edit lawo lawo dan blog ni memang sunyi sikit sebab tak ada lagu. Actually aku akan sertakan lagu berlainan mengikut kesesuaian entry. Contohnya macam Cinta matang vs tak matang, aku letak lagu Little Things // OneDirection. So macam tu lah ye, setiap entry ada lagu lain lain. Bergantung kepada para pembaca nak dengar ke idok.

Dan blog ni banyak info? Sebenarnya tujuan aku buat blog ni pun suka suka, tak ada niat nak letak info aw. Tapi setiap kali buat entry, aku rasa kosong kalau aku tak ada share something yang berguna, so sebab tu ada sedikit info. Sharing is caring, iye dok?

Anyway, korang juga boleh lah singgah blog Adik Syara ni ye.

Fi Hifzillah

Thursday, 11 December 2014

Astraphobia.

Assalamualaikum.

Kalau setiap hari Isnin & Khamis aku buat entry cinta, hari Jumaat pula entry phobia-list. Wow wow class jah, ada jadual tau blog aku ni.

Astraphobia? What is that.
- an abnormal fear of thunder and lightning


Guruh? Kilat? Yes, orang yang takut akan dua perkara ni digelar Astraphobia. Mula mula aku tak percaya tau orang macam ni wujud, tapi bila kawan aku cerita pasal abang dia, I was like "Weh serious?" (masatu tahan gelak) anddddd then I laughed bila dia gelak akhirnya. Orang gelak, takkan tak join. Rugi tau rugi miahaha.

Based on my friends's story;

Bila hujan, (diingatkan fobia ni berlaku ketika hujan, guruh, petir) orang yang mengalami astraphobia ni akan resah gelisah. Tak kan senang duduk. Tempat yang diaorang rasa selamat ialah dalam rumah. Kalau boleh nak duduk bawah katil (paling selamat mungkin)
Antara symptoms lain ialah orang tu akan berpeluh, menangis, berlindung di bawah selimut dan minta diteman.

Teruk juga kan orang yang alami fobia macam ni? Aku kalau bunyi guruh yang kuat pun dah takut, yes siap baca doa pelindung lagi minta dilindungi apatah lagi orang yang ada Astraphobia.

Ada tak rawatan untuk fobia ini?

So far, aku rasa tak ada. Setakat yang aku tahu, kalau orang tu nak rasa selamat ketika guruh dan petir, diaorang akan duduk dalam rumah lah. Mungkin diaorang boleh jumpa pakar terapi? Mungkin.

So rasanya itu saja berkaitan Astraphobia. Oh Astraphobia, fobia ni juga dikenali sebagai astrapophobiabrontophobiakeraunophobia, or tonitrophobia.

Fi Hifzillah.

Go Malaysia Go!

Assalamualaikum.

Pagi pagi dah ada cerita pasal bola, walaupun tak minat bola tapi sebab aku #TeamMalaysia aku gagahkan diri menonton perlawanan semalam. Tapi cerita yang sebenarnya, aku tengah kusyuk tengok Winter Sonata pastu 858 whatsapp.

"Tak tgk bola ke? Malaysia leading 2-1"

So aku dengan tahap kemalasan yang melampau (tapi penuh keikhlasan) join sekaki tengok bola haha

Alhamdulillah, Malaysia menang dan layak masuk final. Malaysia 4-2 Vietnam

Haritu kecoh dekat laman sosial yang peminat Malaysia buat hal dengan orang Vietnam. Semalam, penyokong Malaysia yang hadir  minta maaf. Dan paling touching bila diantara penyokong Vietnam, terselit satu mafla Harimau Malaya. Yang pegang mafla tu pula penyokong Vietnam.

Embedded image permalink 

Embedded image permalink

RESPECT!


Embedded image permalink

Perlawanan akhir pertama akan diadakan di Bangkok pada 17 Disember ini disusuli aksi timbal balik pada 20 Disember di sini. Jom ramai ramai kita sokong Malaysia aummm! 

Saya #TeamMalaysia, anda bagaimana? #TeamMalaysia #GoMalaysiaGo (ingat twitter apa dari tadi nak berhashtag bagai -.-)

Fi Hifzillah.

Wednesday, 10 December 2014

Cinta matang vs tak matang

Assalamualaikum



(Disarankan dengar lagu di atas sambil baca entry ini)

Amboi, kemain tajuk entry kali ni. Aku yang selalu digelar anti-cinta-lelaki atau susah-percaya-lelaki ni memang power sebenarnya bab bagi nasihat cinta kat orang lain. Tapi diri sendiri selalu tewas di persimpangan

Semua orang nak mencintai dan dicintai. Yes, lagi bahagia kalau kita dicintai oleh oleh yang kita cinta. Masa ni dunia rasa kita yang punya, hati terasa berbunga bunga. Biasalah, pagi pagi dah dapat morning text, sebelum tidur dapat ucapan cinta wahh kemain ye korang yang bercinta ni.

Aku bukannya nak anti orang yang bercinta ni heyy kemon ah, bercinta tu normal. Siapa yang dah ada pengalaman bercinta dan putus cinta lagi bagus. Tapi bercinta zaman sekolah/ cinta monyet/cinta tak matang ni selalunya berbeza dengan cinta lepas sekolah/cinta matang (pendapat aku lah)

Berdasarkan pengalaman yang aku kutip daripada kawan aku dan orang sekeliling;

Cinta tak matang
  1.  Orang yang belum matang dalam percintaan ni, dia akan couple on off. Kejap couple then dua tiga hari putus. Pastu esok couple. Lusa putus haa sampai tua pun tak habis. (orang sekeliling pun confuse)
  2. Hiperbola sungguh!
    "Lautan api sanggup I renangi"
    "Cinta I untuk you setinggi KLCC" Habis kalau KLCC tu roboh, habislah cinta kau untuk dia
  3. Tak sedia nak bawa pasangan jumpa parents kita
  4. Cemburu tak bertempat. Kalau boleh kau nak 24 jam berkepit dengan pasangan.
  5. Kalau rancang pasal kahwin pun, rancangan tu tak kemana. Sekadar omongan kosong gitu
Selalunya cinta tak matang ni hanya berlaku pada zaman persekolahan, orang kata usia masih setahun jagung. Pengalaman pun belum banyak. Kita rasa pasangan kita tu lah merupakan love till jannah puih.

Cinta matang

  1. Akan pertahankan hubungan tu walaupun ujian seteruk ribut taufan tsunami  mengganas.
  2. Berbincang dengan baik kalau ada masalah/ tak puas hati.
  3. Terima kekurangan dan kelebihan pasangan dengan hati terbuka.
  4. Sentiasa nasihat menasihati pasangan, motivate pasangan.
  5. Fahami kehendak pasangan.
    - Kalau gf/bf busy dengan kerja or study, kita tak merungut. Tapi kalau busy memanjang sampai tak ada masa untuk kita, awas! Pasangan anda mungkin dah tak berminat dgn anda kuikui
    - Kalau boyfriend kita tengok bola, kita tak halang. Lagi bagus kalau si girlfriend support team boyfriend.
  6. Cemburu sekadar perlu. Sebab kita percaya pasangan kita
  7. Dah bawa jumpa parents. Jangan kata parents, atok, nenek, paklong, pakngah, pakcu, pak teh, mak long, mak ngah haa ambik semua aku senarai -.-
  8. Fikir masa depan. Dah rancang untuk kahwin, berusaha kumpul duit untuk masa depan. Dah ikat tali pertunangan.

Tapi biasalah, tak ada manusia yang lahir je terus matang. Pasti kita akan lalui cinta tak matang sebelum kita jadi matang. Pengalaman kan mematangkan seseorang. InsyaAllah kalau kita dah jumpa orang yang sesuai untuk kita, yang boleh terima kekurangan kelebihan kita, terus nikah dengan dia hehehe

Biasanya, bila orang dah umur 17 tahun ke atas ni, diaorang takkan main main dalam soal cinta dan hati. Diaorang akan lebih serious (mungkin?)

Dan aku decide setiap hari Isnin dan Khamis, aku akan post satu entry berkaitan cinta wah Doktor Cinta katonyaaa

Fi Hifzillah.

Tuesday, 9 December 2014

Childhood memories!

Assalamualaikum

Entry ni khasnya ditujukan kepada orang yang bukan lahir tahun 2000 something
Seperti yang kita tahu, budak budak zaman sekarang ni lebih terdedah kepada teknologi moden
Kecil kecil or even baby sekalipun dah pegang iPad, iPhone, smartphones amboii dik, zaman aku dulu pegang remote tv pun dah kira hebat.

Mungkin ini yang dinamakan perubahan zaman.
Budak pun makin maju.
Entry kali ni pun saja nak campak balik kenangan kenangan waktu aku kecil dulu.


Ni lah sinetron yang aku tengok dulu. Maklumlah dulu tak ada fenomena KPOP ni, IndonPop je ada hewhew


Ha, ni rancangan paling aku suka. Lagu dia pun best tau. A.L.O.N.G Along! 


Sebab cerita ni lah, aku sampai sekarang ingat mak aku boleh baca minda orang dan boleh tahu masa depan lol -.-


Aku selalu berebut dengan orang lain kalau jumpa benda ni. Perasaan yang tak terkata bila dapat picit plastik ni miahaha

Aku pernah main kad ni, siap ada lagu lagi tau. One happy family at home~ Two happy family at home~

Yang ni paling feveret. Murah je, dalam 60 sen. Biasanya perempuan yang main paper doll ni.


Walaupun mungkin ada jual lagi, tapi budak budak dah tak minat. Dalam kotak ni ada coklat lepastu dia sediakan permainan. Permainan dia pula lain lain, itu yang best. Boleh buat koleksi.

Sebenarnya, tak ada apa nak dihairankan kalau budak zaman sekarang tak tahu benda ni semua
Normal lah ikut peredaran zaman. Zaman kita macam ni. Zaman diaorang lain pula.

Mungkin nanti childhood memories budak zaman modern ni
"Rindu iPhone 6,7,8,9,10" haha mungkin kan.

((Sebahagian gambar diambil dari Twitter dan Google))

Monday, 8 December 2014

Oh macam ni rupanya CPUV

Assalamualaikum

Pagi pagi buka Nuffnang, saja nak tengok duit bertambah ke tidak (dalam hati dah tahu memang tak kan bertambah)
Bila aku tengok jumlah duit bertambah, aku terkejut. (Biar betul?!) Hehe Alhamdulillah, bertambah juga. Walaupun tak seberapa, tapi mak aihh happy bebenor.

But mostly, duit bertambah pun sebab CPC. Bukan sebab CPUV. Susah juga sebenarnya nak dapat CPUV ni. Tapi lepas baca beberapa blog dan tanya Cik Belbel, ikut nasihat mereka dan tada! Dapat juga CPUV ni.

Taktahu apa motif aku hide jumlah duit sedangkan duit tu cuma seciput je heh ni terikut ikut blogger lain ni kehkeh
 Ohhh *sambil angguk kepala* Macam ni rupanya CPUV. Tapi masih confuse, macam mana nak tambahkan amount CPUV ni.

Takpe, lepas ni kena banyakkan lagi bacaan mengenai CPUV ni. Bukankah orang rajin berusaha ni akan berjaya?

Siapa siapa yang boleh tolong or nak share tips, sila bantu saya ye!
Sharing is caring, caring is loving muah muah! :*

Fi Hifzillah.

Sunday, 7 December 2014

Thankyou.

Assalamualaikum


Rasa macam dah lama tak update blog, ye memang lama pun
Bila dah tengok drama korea, memang tak boleh buat benda lain lah nampaknya.

Tengok drama korea ni, sama macam baca novel. Tak kira novel cinta, misteri ataupun buku Fixi
Sebut pasal buku Fixi, korang mesti ada baca kan? Seronok juga lah walaupun gaya bahasa agak santai dan kurang ajarrr, tapi dia memang menarik. Korang patut beli/pinjam satu. Cikgu cikgu kat sekolah pun berebut nak pinjam daripada anak murid buku ni heh

Antara yang aku dah baca

  1. Gantung
  2. Gelap
  3. Asrama
  4. Tabu
  5. Mangsa
Kalau aku, aku lebih rela pinjam je novel daripada beli.Sebab aku baca sekali je, then tak baca lagi. So macam membazir kalau beli, baca sekali then simpan buku tu sampai ke tua.

Dan, tengok drama korea ataupun baca novel macam satu ketagihan pada aku. Selagi tak habis, aku akan hadappppppp je benda tu kuikui

Aku plan nak cerita sikit je, tapi dah merepek sampai boleh jadi panjang pula nampaknya.

Sebenarnya tak ada cerita menarik nak dikongsikan

Sekadar mahu berterima kasih
Kerana sudi follow blog ini
Sudi datang
Sudi blogwalking di sini awh awh terima kasih ye!


Kepada yang tinggalkan jejak dengan shoutbox, maaf tak dapat singgah balik blog korang (buat masa sekarang sebab tengah busy layan drama) 
Tapi jangan risau, nanti kalau aku dah free
Aku singgah ye!

Siapa yang nak aku join segmen or giveaway, boleh tinggalkan komen or jejak ye.
psst:// rajin rajin lah tekan nuffnang ye hehehe xD

Fi Hifzillah,

Tuesday, 2 December 2014

From Jubah to.....

Assalamualaikum

Selama aku hidup, aku cuma ada 2 jubah je. Sebab aku jenis yang lasak, pergi mana mana pun pakai jeans. Baju kurung pun beli time raya. InsyaAllah nanti dah sambung belajar kat universiti, koleksi jubah dan baju kurung bertambah miahaha

Pakai jubah/baju kurung pun selalu dengan sport shoes, tak pun sneakers.
Sebenarnya senang nak bergerak kalau pakai kasut ni.
Memang aku ni takboleh tersenarai dalam kategori perempuan melayu sejati

Ni first jubah aku.

Yang ni jubah kedua. Ni pun sebab ada event berselawat kat sekolah, kalau tak memang idok lerr aku ada jubah baru 



Disebabkan jubah yang first tu dah singkat, dah boleh nampak buku lali aku so aku ingat nak buang atau sedekah dekat sesiapa yang nak. Tapi sebab sayang, aku simpan je. Sampai satu masa aku ingat nak potong pendek je. Buat baju pula, boleh pakai dengan jeans.

Dan inilah hasilnya! Tada....

Baju yang sama. Tudung yang sama cuma aku pakai wedges time ni erm dah sampai seru jadi perempuan melayu sejati mungkin miahaha

Kalau korang ada jubah yang dah tak boleh guna, boleh lah buat macam ni. Jimat kan? 

Selain daripada suka pakai sport shoes dan sneakers 24 jam, aku minat dengan sukan motor, go kart dan wall climbing haa lasak tak lasak aku ni. Cuma budak 16 tahun ni belum pernah diberi peluang lagi nak try aktiviti aktiviti macam tu. 

Mana tahu ada rakan rakan blogger yang ada minat yang sama dengan aku, mehh lah share story dengan kita hehe.

Fi Hifzillah.

Sunday, 30 November 2014

Projek Kampung Chuweh & Projek H.E.A.R.T

Assalamualaikum

Pasti ada yang dah tahu pasal Projek Kampung Chuweh (PKC) ni, mungkin ada yang belum. Dan harini, aku menggunakan blog tercinta untuk menyampaikan sedikit informasi mengenai projek ni.

Sebenarnya aku tahu pasal PKC ni masa tengah dengar lagu Jatuh Cinta // iamNEETA kat youtube. Dia keluar iklan (selalunya aku skip ads ni but tertarik pula nak tengok sampai habis)

First of all, Kampung Chuweh terletak di Perak. Yes, dia perkampungan orang asli. Dan korang faham faham lah kan, kebanyakkan orang asli ni kurang mendapat pendidikan terutamanya kanak kanak. Kanak kanak ni juga sepatutnya di beri peluang yang sama seperti kita kita, ye dok? Sebab berdasarkan video yang aku tengok, mereka juga mempunyai cita cita yang tinggi. Nak jadi doctor, cikgu dan macam macam lagi.



Dekat sini, dengan kerjasama HORLICKS, mereka akan membantu kanak kanak terbabit mendapat pendidikan yang sempurna haa gitu. So apa peranan kita semua?


Selain daripada HORLICKS, aku juga dapat informasi yang Maybank pun ada turut membantu Kampung Chuweh ni agar lebih maju. Berdasarkan apa yang aku baca kat blog Yuyu Zulaikha, Maybank telah berjaya menerangi Kampung Chuweh ni dengan lampu solar.



Kalau Horlicks, kita beri sumbangan dengan menyebarkan usaha mereka tapi Maybank ni kita boleh sumbangan dari segi kewangan untuk memberi peluang kepada mereka yang masih tak ada lampu.

Untuk maklumat lanjut, korang semua boleh layari 
Projek Kampung Chuweh

Projek H.E.A.R.T 

Benda baik, kita perlu hebahkan ye dokk? Maaf kalau ada tersalah informasi ke apa, tapi aku harap dengan entry aku kali ni korang semua sedar akan kewujudan Kampung Chuweh dan mungkin ada yang baik hati nak menderma ;)

Fi Hifzillah.



Saturday, 29 November 2014

Running Man ajar aku supaya......

Assalamualaikum.

Aku suka tengok Running Man, setiap hari sabtu pukul 4 di tv2 amboiiii. Mungkin ada yang tak minat cerita ni akan cakap;

"Hek elehhh apa tengok cerita korea ni"

Entry kali ni bukan nak promote, memuji atau menyuruh korang tengok Running Man, tapi ambil iktibar.

Selain daripada menjadi hiburan pada aku untuk menghilangkan stress dengan kehidupan, aku juga dapat satu pengajaran.

Jangan terlalu mudah percaya orang. Walaupun kau rapat dengan dia. Walaupun kau dah kenal dia lama.

Sebab ada satu episode eh wait, ada 2 episode yang aku dah tengok, permainan dia mesti ada spy (pengkhianat, yang bagi informasi dekat pihak lawan) dalam satu kumpulan. Padahal ahli kumpulan lain percaya dia, rupa rupanya dia pengkhianat OH TIDAKKKKKK! *maaf teremosi* Dan part yang sakit hati bila SPY ni pandai berlakon, sampai orang lain yang dituduh jadi SPY


Sebab aku pernah lalui pengalaman perit ni, aku nasihatkan engkorang semua supaya berhati hati.

Kadang kadang bestfriend sendiri boleh kutuk kita dari belakang.

Kadang kadang boyfriend yang kita percaya pun boleh curang.

Kadang kadang ibu yang melahirkan  pun boleh jual anak sendiri (yang ni aku baca novel ye, bukan pengalaman ahaks)

Fi Hifzillah.

Friday, 28 November 2014

Aktiviti Cuti Sekolah; Inai (part 1)

Lately ni banyak habiskan masa dengan blog sebab tak ada aktiviti menarik waktu cuti cuti macam ni.

Semalam aku pergi rumah kawan, nampak dia tengah bawa pokok inai. Tu first time nampak pokok inai, so excited lah.

"Tini nak sikit pokok tu" - Aku

Dia pun bagi. Balik rumah sengih sengih (nampak tak excited gila lepas nampak pokok inai) mungkin pokok inai ni bawa kegembiraan kot? Lepas ni kena tanam pokok inai, biar hari hari gembira miahaha

Then pagi pagi ni minta mak ajar macam mana nak buat inai. Ye lah, selalu pakai yang serbuk bancuh air. Takpun yang dalam tiub tu.

Cara cara membuat inai
Daun inai
Gambir
Nasi




Tumbuk lah semua bahan bahan ni dan pakai. Aku tak pakai lagi sebab belum malam. Kalau dah pakai, memang idok ler boleh update blog ni.
Sebenarnya aku pun tak tahu apa fungsi letak nasi dengan gambir. Kata orang dahulu kala ecewah nak kasi warna inai tu pekat.
Dan pantang larangnya, kena pakai waktu malam dan jangan jumpa ayam. K sampai sekarang tengah cari kaitan antara ayam dengan inai.
Sampai sini saja. Nanti bila aku dah pakai inai, aku sambung balik cerita ni.

Thursday, 27 November 2014

Banoffee Pie yummy!

A few weeks ago, bagi mengisi masa lapang (tolong suggest cuti sekolah ni nak buat apa! :c) aku decide nak buat something sebab tengok whipping cream tu dah berzaman dalam peti ais.
Ingatkan nak buat cream puff, tapi asyik buat tu je. So rasa nak buat benda lain pula. Buat sesuatu yang berbeza kononnya.

Tada, Banoffee pie!

Maaf, gambar yang belum potong takde. Excited sangat, sampai lupa nak snap

Tapi aku tak makan sangat, sebab tak suka makanan yang terlalu manis. Kalau buat tu, suka lah hehehe xD

Banoffee pie ni sedap jugak, not bad. Dia gabungan biskut, caramel, pisang dan cream. Cuma aku buat ni, base dia terlalu rapuh. So bila potong tu haa amek, hancur! dia tak boleh potong, dan kitaorang makan main cedok cedok je.


Hari terakhir banoffee pie dihabiskan lalala~
So siapa siapa nak resepi, boleh request ye!
Fi Hifzillah.

Wednesday, 26 November 2014

Kita kawan, jom?

Aku ni jenis yang pendiam dan pemalu, melainkan dengan kawan rapat, dengan classmate, dengan orang yang dah lama kenal aku. Yes memang nampak sombong tapi tu luaran je dik oi, hakikatnya aku ni annoying, banyak bercakap dan perangai gila gila. Cuba kau jadi kawan rapat aku, pukul 3 pagi pun aku boleh whatsapp engko. Kadang kadang boleh call lagi ajak berbual. Cuma tu lah, susah sangat nak tunjuk dengan orang yang tak rapat ni.

And aku envy dengan orang yang boleh masuk je mana mana, maksudnya kalau kau campak dalam hutan pun dia boleh survive. Boleh buat kawan baru, silap silap boleh jadi tarzan. Kalau campak dalam laut, boleh jadi mermaid, ye dokk?

And maybe that's why aku tak berapa ramai kawan hehh pity me

So azam 2015 ni nak buat kawan baru. Rakan rakan blogger sekalian, kalau korang ada whatsapp group, wechat group or even facebook group, invite lah i yang baru setahun jagung ni ye. 

Kalau nak berkawan dengan aku pun, mention je kat twitter. Seriously, aku boleh diajak berbual cuma ambil masa. Jangan risau, tegur je ye! Saya nak buat kawan baru ni awak hihi :))))

Twitter - @frhinx
Ask.fm - @frhinx

Mehh kita buat kawan baru mehh.
Fi Hifzillah.

Dik, UPSR berapa?

4 years ago, i took my UPSR result alone, without my parents sebab masatu masing masing busy but  tak kecil hati pun (sebab i anak yang baik! dan understanding....) Alhamdulillah, dapat 5A. Masa cikgu umumkan result tu, aku tak nangis pun. Tapi tengok semua kawan kawan nangis, aku rasa serba salah (i dont know why) so aku pura pura nangis. Kecil kecil dah pandai hipokrit lol

Last year, aku target 6A for my PMR sebab memang tak yakin KH boleh dapat A. Susah weh! (tidur 30 minit during exam buat aku makin tak yakin) But then malam sebelum result tu, Irdina ws and asked me;

"Weh Farahin, cuba awak check result awak"
"Boleh ea? Online?"
"Yes" *dia bagi aku link illegal website*

Soooooooo, aku dapat 8A. Ingatkan benda tu menipu, rupanya betul. I'm such a lucky girl....

And today, turn Farhad pula and again, Alhamdulillah dia dapat 5A. Tengok lah ikut jejak langkah siapa. ngehngeh



Anyway dik, walaupun kau mungkin tak sabar nak masuk alam sekolah menengah, kau kena tahu yang sekolah menengah ni lagi kuat dugaan dan cabaran. 
Kalau salah pilih kawan, memang hancur lah. 
Time ni akan terjerat dengan cinta monyet yang tiada kesudahan.
Time tu baru kau rasa terseksa belajar math.
Time ni kau rasa menyampah dengan subject sejarah (sejarah form 4&5 lagi menyampah)
Belajar betul betul dik. Aku tahu kau pandai.

Yes, sekolah menengah memang banyak ujian dan cabaran. Masa ni kita dah tak bergaul dengan budak budak tak matang. Bila aku form 4 ni, aku rasa budak form 1,2 dan 3 macam semut je haha itulah dah jadi senior kan, dengan junior pandang sebelah mata je :p

Anyway, next year dah form 5. Next year dah SPM. Wow tak sangka....
I'm gonna miss my school life heh


Mert bagi tebu, tengok tu tengah focus makan tebu tu ey ey thanks dude.

Sunday, 23 November 2014

ILTIZAM 2014

Buat majalah sekolah tak lah susah mana, setakat type kata alu aluan, analisis peperiksaan, karya pelajar and etc. Tak susah but leceh, but thanks to Tini, Azalina, Ayuni and Daliyana for helping me.

Yang susah nya bila part nak edit gambar fuhh mencabar betul kerja. Nak cari, nak edit, letak dialog.
Ingatkan nak download photoshop, senang sikit nak edit. Pastu rasa macam AH MENYUSAHKAN, so aku cari photo edit online and i found this website. 

PIZAP - free online photo editor and collage weheeeee~



So pizap sediakan 3 category. Aku try yang collage dengan edit tu je, Design tu tak berminat pula nak try hehehe

EDIT
- Ada cut tool. Boleh potong gambar. Nanti aku tunjuk contoh.
- Boleh letak text
- Ada stickers
- Ada filters
- Ada borders
- Boleh edit brightness, contrast, colour,crop, rotate and so on.




Antara contoh guna cut tool. Hasil karya sidang redaksi 2014 

COLLAGE
- Cantum cantumkan gambar dan nanti dia jadi satu gambar, All in one gitu haaa



Pertandingan Forum Remaja 2014 
Perkhemahan
Program Khidmat Masyarakat Tanjung Piai

Sambutan Hari Guru

 So kepada sesiapa yang terlibat dengan mengedit majalah sekolah or nak edit gambar, uolls boleh pergi website pizap. Memang berbaloi hasilnya, kena puji dengan cikgu lagi tau ihiks.