Sunday, 30 November 2014

Projek Kampung Chuweh & Projek H.E.A.R.T

Assalamualaikum

Pasti ada yang dah tahu pasal Projek Kampung Chuweh (PKC) ni, mungkin ada yang belum. Dan harini, aku menggunakan blog tercinta untuk menyampaikan sedikit informasi mengenai projek ni.

Sebenarnya aku tahu pasal PKC ni masa tengah dengar lagu Jatuh Cinta // iamNEETA kat youtube. Dia keluar iklan (selalunya aku skip ads ni but tertarik pula nak tengok sampai habis)

First of all, Kampung Chuweh terletak di Perak. Yes, dia perkampungan orang asli. Dan korang faham faham lah kan, kebanyakkan orang asli ni kurang mendapat pendidikan terutamanya kanak kanak. Kanak kanak ni juga sepatutnya di beri peluang yang sama seperti kita kita, ye dok? Sebab berdasarkan video yang aku tengok, mereka juga mempunyai cita cita yang tinggi. Nak jadi doctor, cikgu dan macam macam lagi.



Dekat sini, dengan kerjasama HORLICKS, mereka akan membantu kanak kanak terbabit mendapat pendidikan yang sempurna haa gitu. So apa peranan kita semua?


Selain daripada HORLICKS, aku juga dapat informasi yang Maybank pun ada turut membantu Kampung Chuweh ni agar lebih maju. Berdasarkan apa yang aku baca kat blog Yuyu Zulaikha, Maybank telah berjaya menerangi Kampung Chuweh ni dengan lampu solar.



Kalau Horlicks, kita beri sumbangan dengan menyebarkan usaha mereka tapi Maybank ni kita boleh sumbangan dari segi kewangan untuk memberi peluang kepada mereka yang masih tak ada lampu.

Untuk maklumat lanjut, korang semua boleh layari 
Projek Kampung Chuweh

Projek H.E.A.R.T 

Benda baik, kita perlu hebahkan ye dokk? Maaf kalau ada tersalah informasi ke apa, tapi aku harap dengan entry aku kali ni korang semua sedar akan kewujudan Kampung Chuweh dan mungkin ada yang baik hati nak menderma ;)

Fi Hifzillah.



Saturday, 29 November 2014

Running Man ajar aku supaya......

Assalamualaikum.

Aku suka tengok Running Man, setiap hari sabtu pukul 4 di tv2 amboiiii. Mungkin ada yang tak minat cerita ni akan cakap;

"Hek elehhh apa tengok cerita korea ni"

Entry kali ni bukan nak promote, memuji atau menyuruh korang tengok Running Man, tapi ambil iktibar.

Selain daripada menjadi hiburan pada aku untuk menghilangkan stress dengan kehidupan, aku juga dapat satu pengajaran.

Jangan terlalu mudah percaya orang. Walaupun kau rapat dengan dia. Walaupun kau dah kenal dia lama.

Sebab ada satu episode eh wait, ada 2 episode yang aku dah tengok, permainan dia mesti ada spy (pengkhianat, yang bagi informasi dekat pihak lawan) dalam satu kumpulan. Padahal ahli kumpulan lain percaya dia, rupa rupanya dia pengkhianat OH TIDAKKKKKK! *maaf teremosi* Dan part yang sakit hati bila SPY ni pandai berlakon, sampai orang lain yang dituduh jadi SPY


Sebab aku pernah lalui pengalaman perit ni, aku nasihatkan engkorang semua supaya berhati hati.

Kadang kadang bestfriend sendiri boleh kutuk kita dari belakang.

Kadang kadang boyfriend yang kita percaya pun boleh curang.

Kadang kadang ibu yang melahirkan  pun boleh jual anak sendiri (yang ni aku baca novel ye, bukan pengalaman ahaks)

Fi Hifzillah.

Friday, 28 November 2014

Aktiviti Cuti Sekolah; Inai (part 1)

Lately ni banyak habiskan masa dengan blog sebab tak ada aktiviti menarik waktu cuti cuti macam ni.

Semalam aku pergi rumah kawan, nampak dia tengah bawa pokok inai. Tu first time nampak pokok inai, so excited lah.

"Tini nak sikit pokok tu" - Aku

Dia pun bagi. Balik rumah sengih sengih (nampak tak excited gila lepas nampak pokok inai) mungkin pokok inai ni bawa kegembiraan kot? Lepas ni kena tanam pokok inai, biar hari hari gembira miahaha

Then pagi pagi ni minta mak ajar macam mana nak buat inai. Ye lah, selalu pakai yang serbuk bancuh air. Takpun yang dalam tiub tu.

Cara cara membuat inai
Daun inai
Gambir
Nasi




Tumbuk lah semua bahan bahan ni dan pakai. Aku tak pakai lagi sebab belum malam. Kalau dah pakai, memang idok ler boleh update blog ni.
Sebenarnya aku pun tak tahu apa fungsi letak nasi dengan gambir. Kata orang dahulu kala ecewah nak kasi warna inai tu pekat.
Dan pantang larangnya, kena pakai waktu malam dan jangan jumpa ayam. K sampai sekarang tengah cari kaitan antara ayam dengan inai.
Sampai sini saja. Nanti bila aku dah pakai inai, aku sambung balik cerita ni.

Thursday, 27 November 2014

Banoffee Pie yummy!

A few weeks ago, bagi mengisi masa lapang (tolong suggest cuti sekolah ni nak buat apa! :c) aku decide nak buat something sebab tengok whipping cream tu dah berzaman dalam peti ais.
Ingatkan nak buat cream puff, tapi asyik buat tu je. So rasa nak buat benda lain pula. Buat sesuatu yang berbeza kononnya.

Tada, Banoffee pie!

Maaf, gambar yang belum potong takde. Excited sangat, sampai lupa nak snap

Tapi aku tak makan sangat, sebab tak suka makanan yang terlalu manis. Kalau buat tu, suka lah hehehe xD

Banoffee pie ni sedap jugak, not bad. Dia gabungan biskut, caramel, pisang dan cream. Cuma aku buat ni, base dia terlalu rapuh. So bila potong tu haa amek, hancur! dia tak boleh potong, dan kitaorang makan main cedok cedok je.


Hari terakhir banoffee pie dihabiskan lalala~
So siapa siapa nak resepi, boleh request ye!
Fi Hifzillah.

Wednesday, 26 November 2014

Kita kawan, jom?

Aku ni jenis yang pendiam dan pemalu, melainkan dengan kawan rapat, dengan classmate, dengan orang yang dah lama kenal aku. Yes memang nampak sombong tapi tu luaran je dik oi, hakikatnya aku ni annoying, banyak bercakap dan perangai gila gila. Cuba kau jadi kawan rapat aku, pukul 3 pagi pun aku boleh whatsapp engko. Kadang kadang boleh call lagi ajak berbual. Cuma tu lah, susah sangat nak tunjuk dengan orang yang tak rapat ni.

And aku envy dengan orang yang boleh masuk je mana mana, maksudnya kalau kau campak dalam hutan pun dia boleh survive. Boleh buat kawan baru, silap silap boleh jadi tarzan. Kalau campak dalam laut, boleh jadi mermaid, ye dokk?

And maybe that's why aku tak berapa ramai kawan hehh pity me

So azam 2015 ni nak buat kawan baru. Rakan rakan blogger sekalian, kalau korang ada whatsapp group, wechat group or even facebook group, invite lah i yang baru setahun jagung ni ye. 

Kalau nak berkawan dengan aku pun, mention je kat twitter. Seriously, aku boleh diajak berbual cuma ambil masa. Jangan risau, tegur je ye! Saya nak buat kawan baru ni awak hihi :))))

Twitter - @frhinx
Ask.fm - @frhinx

Mehh kita buat kawan baru mehh.
Fi Hifzillah.

Dik, UPSR berapa?

4 years ago, i took my UPSR result alone, without my parents sebab masatu masing masing busy but  tak kecil hati pun (sebab i anak yang baik! dan understanding....) Alhamdulillah, dapat 5A. Masa cikgu umumkan result tu, aku tak nangis pun. Tapi tengok semua kawan kawan nangis, aku rasa serba salah (i dont know why) so aku pura pura nangis. Kecil kecil dah pandai hipokrit lol

Last year, aku target 6A for my PMR sebab memang tak yakin KH boleh dapat A. Susah weh! (tidur 30 minit during exam buat aku makin tak yakin) But then malam sebelum result tu, Irdina ws and asked me;

"Weh Farahin, cuba awak check result awak"
"Boleh ea? Online?"
"Yes" *dia bagi aku link illegal website*

Soooooooo, aku dapat 8A. Ingatkan benda tu menipu, rupanya betul. I'm such a lucky girl....

And today, turn Farhad pula and again, Alhamdulillah dia dapat 5A. Tengok lah ikut jejak langkah siapa. ngehngeh



Anyway dik, walaupun kau mungkin tak sabar nak masuk alam sekolah menengah, kau kena tahu yang sekolah menengah ni lagi kuat dugaan dan cabaran. 
Kalau salah pilih kawan, memang hancur lah. 
Time ni akan terjerat dengan cinta monyet yang tiada kesudahan.
Time tu baru kau rasa terseksa belajar math.
Time ni kau rasa menyampah dengan subject sejarah (sejarah form 4&5 lagi menyampah)
Belajar betul betul dik. Aku tahu kau pandai.

Yes, sekolah menengah memang banyak ujian dan cabaran. Masa ni kita dah tak bergaul dengan budak budak tak matang. Bila aku form 4 ni, aku rasa budak form 1,2 dan 3 macam semut je haha itulah dah jadi senior kan, dengan junior pandang sebelah mata je :p

Anyway, next year dah form 5. Next year dah SPM. Wow tak sangka....
I'm gonna miss my school life heh


Mert bagi tebu, tengok tu tengah focus makan tebu tu ey ey thanks dude.

Sunday, 23 November 2014

ILTIZAM 2014

Buat majalah sekolah tak lah susah mana, setakat type kata alu aluan, analisis peperiksaan, karya pelajar and etc. Tak susah but leceh, but thanks to Tini, Azalina, Ayuni and Daliyana for helping me.

Yang susah nya bila part nak edit gambar fuhh mencabar betul kerja. Nak cari, nak edit, letak dialog.
Ingatkan nak download photoshop, senang sikit nak edit. Pastu rasa macam AH MENYUSAHKAN, so aku cari photo edit online and i found this website. 

PIZAP - free online photo editor and collage weheeeee~



So pizap sediakan 3 category. Aku try yang collage dengan edit tu je, Design tu tak berminat pula nak try hehehe

EDIT
- Ada cut tool. Boleh potong gambar. Nanti aku tunjuk contoh.
- Boleh letak text
- Ada stickers
- Ada filters
- Ada borders
- Boleh edit brightness, contrast, colour,crop, rotate and so on.




Antara contoh guna cut tool. Hasil karya sidang redaksi 2014 

COLLAGE
- Cantum cantumkan gambar dan nanti dia jadi satu gambar, All in one gitu haaa



Pertandingan Forum Remaja 2014 
Perkhemahan
Program Khidmat Masyarakat Tanjung Piai

Sambutan Hari Guru

 So kepada sesiapa yang terlibat dengan mengedit majalah sekolah or nak edit gambar, uolls boleh pergi website pizap. Memang berbaloi hasilnya, kena puji dengan cikgu lagi tau ihiks.




Friday, 21 November 2014

Infused Water

Haritu masa tengah blogwalking sekali terbaca post pasal infused water. Rasa macam curious pula, tak cukup satu post so aku google lah, haa amek berlambak lagi post ghupenya huhu :c

Infused water ni dia air kosong dan dicampurkan dengan pelbagai jenis buah-buahan such as oren, lemon, strawberry, timun. Selain buah, dia campur daun pudina or halia. Actually campuran tu terpulang lah kan. Ikut citarasa or boleh juga ikut resepi. Dan setiap buah tu ada kebaikan sendiri.




Gambar ni contoh resepi yang boleh ikut tapi aku main taram je ikut apa yang ada kat rumah tu. Oh lupa, air ni tak perlu campur gula. Madu boleh lah.



Ni contoh infused water yang aku buat. Guna botol air yang selalu bawa pergi sekolah tu je,
Lepas ni pergi sekolah nak buat macam ni je lah hehehe rasa seronok pula bila tengok air kita ada buah buah, makin semangat lah nak minum air macam ni.

So apa kebaikan infused water ni ye?

First;
Kita akan lebih sihat, kurus dan slim. Bagus untuk orang yang tengah berdiet dan nak kuruskan badan. Tapi kena lah dibuat secara berterusan, barulah nampak hasilnya, iya dokk?

Second;
Bantu kita untuk minum air masak. Ye lah, ada air masak rasa dia payau kan. Kan tak berapa selera nak minum. Membosankan pula. So bila dah campur buah ni, ada lah perisa sikit. 

Third;
Minum air kosong pun dah bagus untuk buang toksik dalam badan, ni lagi kalau dah dicampurkan dengan buah buahan. Haa segala nutrisi dan vitamin dah diserap. One more, bagus untuk menambahkan metabolism badan.

Forth;
Bantu untuk pencernaan dan penyerapan makanan. 

Fifth;
Membantu kulit biar lebih cantik, segar dan tak berminyak. Flawless gitu haa macam pelakon korea.

Selalunya bila dah campurkan buah dengan air tu, biar lah dalam 2-3 jam. Baru nutrisi diserap dengan lengkap. Aku selalu buat malam, masuk dalam peti ais. Esok dah boleh minum. Nak amalkan gaya hidup yang sihat gitu.

Fi Hifzillah.

And i choose to be happy

Lately mood swing makin menjadi jadi. And yes makin teruk, i dont know why im being like this, hormone tak stabil mungkin but tbh aku tak suka.

Sekejap marah, sekejap rasa nak menangis dan tak ada sikit pun rasa gembira. I felt so down, patah seribu.Fake smile and fake laugh yang terpaksa aku cipta. Semuanya dusta dusta belaka gitu. And yes yes, aku juga mengalami beberapa tanda tanda depression.

- Hilang selera makan. Selama ni 24 jam aku makan sbb penyakit gastric, but dah 2 hari aku tak sentuh nasi. Biskut roti semua tak sentuh.

- Insomnia (early-morning wakefulness or excessive sleeping) yeah kalau dulu pukul 10 dah tidur now pukul 3, i'm still holding my phone walaupun dah penat and ngantuk. I cant sleep oh dear help me!

- Tak berminat buat benda yang aku minat. Satu hari duduk dalam bilik, buat apa idk. Listening to sad songs and cry

-Bila lepak dgn kawan, lebih banyak berangan instead bercakap dgn diaorang.

-Empty feelings and thoughts of suicide yes yes ni paling teruk. Macam putus harapan.

I always give people advices while i cant even handle my own problems. But thanks to someone, i want to build my new life. It's time for me to be happy again. Thank you.

Wednesday, 19 November 2014

Speed

"Kak bawa motor tu jangan lah laju sangat" - Mak

Hahahaha i'm sorry mum, i cant control myself.

Yes yes, aku belajar bawa motor masa darjah 5, tu pun kalau balik kampung. But since pindah sini almost 2 years, tak pernah aku ada keinginan nak try naik. Malas mungkin. Kalau nak test pun, setakar depan rumah pastu stop. dua tiga bulan baru try lagi and family asyik suruh belajar je, katanya senang sikit.

So dalam bulan Syawal, aku beranikan diri. Not bad actually. Hmmmm
Tapi ada satu benda yang aku paling suka bila naik motor.
Laju. I cant control myself bila bawa motor. Aku suka bawa motor laju.
Sampai kawan selalu tegur.

"Far, kau bawa motor laju laju nak kejar siapa?"

Hahahaha idk guys. Bila bawa slow, kau rasa bosan.
Rasa macam perjalanan tu terlalu lama. Memandangkan aku suka kerja aku cepat siap, maybe sebab tu aku suka bawa laju. Cepat sikit sampai hewhew ahaks!

One more thing kenapa aku suka bawa laju.
Aku rasa ketenangan.
np Mewangi // Akim

Kadang kadang, kata kata pun tak mampu nak ungkapkan apa yang aku rasa.
Rapuh. Patah. Hancur.
Entah, seribu dalam satu perasaan tu.

Monday, 17 November 2014

From pengawas to PKP

First day jadi pengawas aku dah pasang aim nak jadi PKP (penolong ketua pengawas) for 2014/2015. And kalau boleh nak jadi ketua tu! Haha siapa tak bangga bila jawatan sijil berhenti sekolah tulis Ketua pengawas/penolong ketua pengawas hey hey bangga okay :p

Tapi cuma Aim je. Sebab aku newbie lagi, baru jadi tahun ni. So chance nak dapat jawatan tu macam tipis, tak letak high expectation pun kuikui. Fortunately yayy dapat juga jawatan tu wow wow!

Anddddd guess what? I thought being a PKP is fun hahaha but sadly i was wrong. Tanggungjawab terlalu berat and berat and berat. Kau kena susun jadual, kau kena uruskan hal murid, kau kena jujur amanah tabligh fatonah gitu, uruskan camp form 1, camp pengawas, orientasi ohmaigod damn tired! T__T And the worst part, kau akan ada dilemma. Bayangkan if your best friend or your close friend langgar peraturan dan diaorang merayu untuk dilepaskan.

What should i do?

Kalau lepaskan, tak amanah.
Kalau tak lepaskan, diaorang akan kata macam macam.


Forum Remaja 2014

Found this picture when i was busy editing for school magazine. Well that was my first time entering Forum Remaja and yayy we won! (walaupun third place but still menang aite?)

At first cikgu nak aku join Pidato, but then classmate ajak masuk forum. So ikut je lah~
Kitaorang sempat practice seminggu lebih and tak pernah serious pun masa practice. Yeah. And masa try depan schoolmates tu pun kitaorang banyak buat salah, lupa skrip and etc. Plus masa tu ingat ada 5 orang. Bila sampai sana, diaorang cuma nak 4 orang and another one tu just back up!
Can you imagine macam mana gelabah kitaorang masa tu?!?! Yes, terlampau panic. And yeah kitaorang junior time tu. Our competitors mostly f5 and f6 and masa kitaorang, tiba tiba current tak ada. Haha bad luck!
But everything was under control, atas pentas kitaorang buat lek sambil senyum and teruskan forum tu.
And kitaorang menang. Habis.
Hopefully next year dpt join lagi and jadi juara? Hihi insyaAllah. Think positive, bak kata dia.

Monday, 10 November 2014

Paya Bakau kat mana pula?

Had so much fun with my classmate at Taman Negara Tanjung Piai, Pontian last week. It was a school trip (lebih kepada trip budak BIO) but cikgu nak meriah, so dia buka tawaran kepada 4 Sc PA and form 3 students. Walaupun trip ni agak membosankan (pada permulaan) sebab pandang kiri kanan, cuma ada pokok! Budak BIO kena ambil kesempatan ni untuk tahu serba serbi tentang paya bakau, jenis pokok yang ada and all those stuff sebab benda ni ada dalam syllabus kitaorang.

So nak have fun sangat tu tak boleh lah, sebab tangan sebelah dengan buku and lagi sebelah pegang camera. And Cikgu Suryana (our bio teacher) ambil 2 session which is satu lawatan sambil belajar and another one Khidmat Masyarakat and aktiviti santai.

Khidmat Masyarakat tu kutip sampah sekitar paya bakau and group yang paling berat dikira pemenang. Group aku dapat number 2 haha nampak tak teamwork tu? And aktiviti santai more like aktiviti mandi lumpur. Kena paksa berendam dalam lumpur dengan mata tertutup! Anyway, we had so much here and ni school trip yang terakhir for this year. Gonna miss school life. 

video

5 November 2014