.footer-outer{display:none;}

Infused Water

Haritu masa tengah blogwalking sekali terbaca post pasal infused water. Rasa macam curious pula, tak cukup satu post so aku google lah, haa amek berlambak lagi post ghupenya huhu :c

Infused water ni dia air kosong dan dicampurkan dengan pelbagai jenis buah-buahan such as oren, lemon, strawberry, timun. Selain buah, dia campur daun pudina or halia. Actually campuran tu terpulang lah kan. Ikut citarasa or boleh juga ikut resepi. Dan setiap buah tu ada kebaikan sendiri.




Gambar ni contoh resepi yang boleh ikut tapi aku main taram je ikut apa yang ada kat rumah tu. Oh lupa, air ni tak perlu campur gula. Madu boleh lah.



Ni contoh infused water yang aku buat. Guna botol air yang selalu bawa pergi sekolah tu je,
Lepas ni pergi sekolah nak buat macam ni je lah hehehe rasa seronok pula bila tengok air kita ada buah buah, makin semangat lah nak minum air macam ni.

So apa kebaikan infused water ni ye?

First;
Kita akan lebih sihat, kurus dan slim. Bagus untuk orang yang tengah berdiet dan nak kuruskan badan. Tapi kena lah dibuat secara berterusan, barulah nampak hasilnya, iya dokk?

Second;
Bantu kita untuk minum air masak. Ye lah, ada air masak rasa dia payau kan. Kan tak berapa selera nak minum. Membosankan pula. So bila dah campur buah ni, ada lah perisa sikit. 

Third;
Minum air kosong pun dah bagus untuk buang toksik dalam badan, ni lagi kalau dah dicampurkan dengan buah buahan. Haa segala nutrisi dan vitamin dah diserap. One more, bagus untuk menambahkan metabolism badan.

Forth;
Bantu untuk pencernaan dan penyerapan makanan. 

Fifth;
Membantu kulit biar lebih cantik, segar dan tak berminyak. Flawless gitu haa macam pelakon korea.

Selalunya bila dah campurkan buah dengan air tu, biar lah dalam 2-3 jam. Baru nutrisi diserap dengan lengkap. Aku selalu buat malam, masuk dalam peti ais. Esok dah boleh minum. Nak amalkan gaya hidup yang sihat gitu.

Fi Hifzillah.

No comments:

Post a Comment