Sunday, 30 November 2014

Projek Kampung Chuweh & Projek H.E.A.R.T

Assalamualaikum

Pasti ada yang dah tahu pasal Projek Kampung Chuweh (PKC) ni, mungkin ada yang belum. Dan harini, aku menggunakan blog tercinta untuk menyampaikan sedikit informasi mengenai projek ni.

Sebenarnya aku tahu pasal PKC ni masa tengah dengar lagu Jatuh Cinta // iamNEETA kat youtube. Dia keluar iklan (selalunya aku skip ads ni but tertarik pula nak tengok sampai habis)

First of all, Kampung Chuweh terletak di Perak. Yes, dia perkampungan orang asli. Dan korang faham faham lah kan, kebanyakkan orang asli ni kurang mendapat pendidikan terutamanya kanak kanak. Kanak kanak ni juga sepatutnya di beri peluang yang sama seperti kita kita, ye dok? Sebab berdasarkan video yang aku tengok, mereka juga mempunyai cita cita yang tinggi. Nak jadi doctor, cikgu dan macam macam lagi.



Dekat sini, dengan kerjasama HORLICKS, mereka akan membantu kanak kanak terbabit mendapat pendidikan yang sempurna haa gitu. So apa peranan kita semua?


Selain daripada HORLICKS, aku juga dapat informasi yang Maybank pun ada turut membantu Kampung Chuweh ni agar lebih maju. Berdasarkan apa yang aku baca kat blog Yuyu Zulaikha, Maybank telah berjaya menerangi Kampung Chuweh ni dengan lampu solar.



Kalau Horlicks, kita beri sumbangan dengan menyebarkan usaha mereka tapi Maybank ni kita boleh sumbangan dari segi kewangan untuk memberi peluang kepada mereka yang masih tak ada lampu.

Untuk maklumat lanjut, korang semua boleh layari 
Projek Kampung Chuweh

Projek H.E.A.R.T 

Benda baik, kita perlu hebahkan ye dokk? Maaf kalau ada tersalah informasi ke apa, tapi aku harap dengan entry aku kali ni korang semua sedar akan kewujudan Kampung Chuweh dan mungkin ada yang baik hati nak menderma ;)

Fi Hifzillah.



2 comments:

  1. pernah dgr,entahla..dejavu kot..
    jarang dah dengar radio..

    harap lebih byk syarikat buat tanggungjwb sosial bantu anak peribumi. tak ada sumbangan duit, pendidikan pun boleh,buka kelas ajar abc..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah akan ada lebih banyak syakirat yang bantu mereka ni :)

    ReplyDelete