Tuesday, 30 December 2014

#BantuanBanjir

Assalamualaikum

Banyak betul ujian dan dugaan kepada rakyat Malaysia tahun ni. Seperti yang kita tahu, kehilangan MH370 yang masih menjadi tanda tanya, kemudian perginya MH17 yang tidak kembali,  dan kini banjir yang melanda negara kita terutamanya negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Tak terkecuali juga Perak serta Pahang.

Mungkin ada hikmah disebalik ujian ni. Semoga mangsa banjir tabah dan bersabar lah ye. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

So far, apa yang aku dengar dari berita, hujan dekat negeri Kelantan dan mula berhenti tapi banjir belum surut lagi. Sama sama lah kita berdoa keselamatan mangsa mangsa banjir kali ini.

Memang sedih bila baca sms/whatsapp yang orang sebarkan dekat media social. Sedih sangat tengok keadaan mangsa banjir ni semua. Aku pasti ada diantara kita nak tolong mangsa banjir ni kan? Tapi taktahu macam mana caranya. Mungkin kita tak mampu nak tolong dari segi fizikal (menghantar barang derma ke pusat pemindahan) tapi sebenarnya ada cara lain.

Haaa hangpa semua mesti tak sabar kan nak tolong mangsa banjir ni? Mehh aku nak kasi habaq (amboi, sejak bila dah jadi orang Penang ni) korang semua boleh membantu mereka yang memerlukan dengan menderma kepada Tabung Bantuan Banjir MERCY Malaysia.

Embedded image permalink

"MERCY Malaysia sedang menjalankan kempen derma bagi mengumpul dana untuk mangsa-mangsa banjir. Sila lawati laman MERCY Malaysia Facebook untuk maklumat lanjut tentang bagaimana anda boleh menderma dan memberi sumbangan dalam usaha menyelamatkan nyawa ini."

Selain itu.

Ada juga badan-badan amal lain yang boleh korang derma selain MERCY Malaysia ni
https://www.malaysiakini.com/news/284682

Usaha korang untuk membantu mangsa mangsa banjir ni amatlah dihargai. Mungkin kita tak dapat balasan dunia, tapi ingat menyedekahkan harta kita kepada orang yang memerlukan, ganjarannya pahala yang berlipat ganda. Siapa taknak pahala wehhh.

Akhir sekali, kalau derma pun susah sangat bagi korang, cukuplah sekadar mendoakan keselamatan mangsa banjir dan hujan berhenti.



Fi Hifzillah.

4 comments:

  1. Doakan keadaan kami di temerloh :(

    http://sarahhijabista.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kami semua akan doakan awak :)

      Delete
  2. semoga mereka tabah menghadapi ujian Allah..

    ReplyDelete