Saturday, 13 December 2014

Manisnya Cinta Di Cappadocia

Assalamualaikum

Siapa pernah tengok Istanbul Aku Datang? Yeah, cerita yang dilakonkan oleh Lisa Surihani dan Beto Kusyairy memang sampai sekarang mendapat tempat di hati aku. Lisa Surihani yang comel (aku peminat setia dia), tambah pula dengan pemandangan Istanbul yang memang umphhh lawa tu buat cerita tu tiptop ah!

Haritu tengok MLM, AC Mizal tanya Fazura pasal satu filem ni. Sebab tajuk dia macam best, so aku google lah kan. Mana tahu ada masa nanti boleh lah pergi wayang kihkih. Filem ni diadaptasi dari novel karya Anis Ayuni dan dibarisi pelakon yang best plus shooting kat luar negara lagi alamak tak sabarnya nak tengok!

Jom kita layan sinopsis filem ni;



Ifti Liyana tidak pernah mendambakan sayang dari lelaki yang bernama Fredo. Bertahun bersama, namun tiada segelumit perasaan untuk jejaka itu. Akhirnya, Fredo menikahi gadis lain dan tinggallah Ifti Liyana menyusuri hidupnya sendiri. Pertemuan pertama dengan Nazmi telah mencambahkan perasaan yang dia sendiri tidak fahami. Kehadiran Nazmi menghuru-harakan perasaannya. Namun, rasa rindu yang mulai datang mengebu di hakis dengan rasa keegoan. Di benamkan rasa rindu tapi hati terlalu degil untuk memahami apa yang di lakarkan oleh akal. Rindu tetap datang dan datang.
 
Nazmi pasti, Ifti Liyanalah gadis yang dicari untuk menjadi suri hatinya. Sifat keibuan dan lemah lambut milik Ifti Liyana sangat menerujakan hatinya. Diuji Ifti Liyana dengan kekurangan diri namun Ifti Liyana tidak pernah menolak untuk berteman dengannya. Antara keinginan untuk menyayangi atau sangsi akan kejujuran kaum lelaki, Ifti Liyana buntu. Lelaki itu yang sekejap ada dan sekejap menghilang bagai bermain tarik tali dengannya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Dirinya kerinduan namun untuk diungkapkan dia sangsi, adakah Nazmi jugak berperasaan yang sama dengannya?

Bila kasih mula membara, bahangnya mulai terasa. Akhirnya, Nazmi melafazkan ungkapan yang dinanti. Kasih berpadu namun tercalar bila cemburu menguasai akal fikiran. Tanpa usul periksa, Ifti Liyana menjatuhkan hukuman. Nazmi terkapai-kapai mencari punca. Permasalahan terungkai kini. Sukarnya mengucapkan kata maaf. Demi cinta dan sayangnya, Ifti Liyana membuang ego yang tersarat padu di hatinya. Dia yakin Nazmi tercipta untuknya. Yang akan melindungi dan mengasihinya hingga ke akhirnya.  

Jom ramai ramai kita serbu pawagam yang terdekat.Fi Hifzillah.

4 comments:

  1. istanbul best kan ? hihi, i know that film pun sebab ada tomok . haha. btw , cerita ni macam best je :D hihi . harap berkesempatan nak tengok :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes yes istanbul aku datang best! Sweet je :)

      Delete
  2. macam syok ja cita ni ,nanti nak tengok lah ,jum join sekali :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tu lah, macam best. Jum jum kita pergi sama sama

      Delete