Monday, 15 December 2014

Misi 4 KG!

Assalamualaikum

Korang semua ada tips tak nak naik kan berat badan ni? Oh tanpa membuncitkan perut ye, aku bukan nak gemuk, cuma nak tambahkan berat badan je hm share lah sikit ye!

Orang selalu sibuk search google "Tips Kuruskan Badan" "Cara Mendapat Kaki Langsing" and so on

Tapi bukan aku. Setiap hari aku pasti search;

"Tips menaikkan berat badan"
"Cara cepat gemuk"

Oh kenapa lah aku tidak seperti perempuan lain di luar sana yang dok sibuk nak kurus miahaha.

Masa form 3 dulu, aku sibuk nak turunkan berat badan, kononnya 48kg tu dah kira over ah.
Padahal bila check BMI (Body Mass Index), normal je. Sesuai lah dengan ketinggian aku

Tapi lepas operation appendix, berat aku menurun. Sepatutnya aku kena bersyukur sebab hajat form 3 dulu dah tercapai, Daripada 48kg ke 43kg. Dan tak pernah naik sampai sekarang.

My current weight, baru timbang pagi tadi.

Disebabkan aku ni underweight (since kena appendix), aku cepat penat dan lesu.
Aku mudah sangat rasa dunia ni gelap, hampir pengsan. 
Bila check blood pressure, semuanya normal. 
Entah apa lah masalahnya.

Bila perempuan lain sibuk nak skinny leg, nak thigh gap lah bagai, aku mengeluh bila tengok kaki aku macam lidi ni. 

"Makan nasi, pagi petang siang malam awak kena makan nasi" - 858
"Makan banyak sikit. Tu haa minum susu, minum milo" - Mak

Soal makanan, memang aku powerrrrr. Disebabkan aku ada gastric (amboi banyak sangat penyakit aku ada ni)  aku tak boleh skip makan. 
Mesti makan on time, kadang kadang setiap masa kena ada makanan. Kalau  travel tu, tak sah kalau tak standby roti. Pedih woo kena gastric ni.

Tapi lately ni, selera makan nasi tu dah kureng. Tengok nasi je, mak aihhh tak boleh. Rasa nak muntah. Ada sampai satu tahap tu, seminggu aku tak makan nasi.

So misi aku selama sebulan ni, aku nak naikkan berat badan sebanyak 4KG!

Ehem// Ingat lagi entry aku Kau kena reject? Kebanyakkan cerita cinta yang aku share berdasarkan pengalaman yang aku kutip dari kawan dan rakan sekeliling (sebab orang selalu luah perasaan bila putus/ kecewa dgn cinta dekat aku) sekadar sharing je huhu dan aku tak mereject/direject pun kihkih

Fi Hifzillah.

18 comments:

  1. haha sama lah dengan kita. Makan banyak mana pun berat tak naik juga xD

    ReplyDelete
  2. gigih laaa nak turunkann berat.. dia pulak nak naik kan berat... untunglaaaaaa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berat 42kg tapi asyik nak pengsan je, tak boleh juga hiks

      Delete
  3. amalkan mkn malam2. mungkin blh mmbntu. hehe~

    ReplyDelete
  4. amalkan mkn malam2. mungkin blh mmbntu. hehe~

    ReplyDelete
  5. Hai. Gudluck ye. kalau boleh transfer berat, memang dah bagi. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kalau boleh kan, dah lama saya minta sikit

      Delete
  6. keringnya lahaiiii. kita pulak nak turunkan berat badan T.T haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kering kering pun tak comel juga. Nak berisi sikit at least

      Delete
  7. situasi kita lebih kurang, saya kena penyakit anaemia, berat turun dari 49 kg ke 44 kg.

    sekarang dapat tambah 2 kg je. :(

    ReplyDelete
  8. Papaglamz bw di sini. Jom terjah Papaglamz

    Assalamualaikum

    Tahukan anda 3 daripada 100 orang di dunia ini menghidap penyakit migrain? Kajian yang dilakukan oleh World Health Organisation menunjukkan penyakit migrain juge merupakan antara 3 penyakit utama dunia.
    Baca lagi.......

    http://www.papaglamz.com/2014/12/10-fakta-yang-anda-perlu-tahu-tentang.html?m=1

    ReplyDelete
  9. Asalamualaikum ..

    Doc sy cakap kan . amalkan makanan yang di buat dari majerin / planta .
    Ana dah amalkan dah . Alhamdulillah , walaupun tak banyak naiknya .. tapi ada lah dalam 2 kg . ehehehe
    maybe cause ana tak selalu buat .. tpi kekadang pagi pagi buat nasi goreng planta ..
    Selamat mencuba kak !

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti saya cuba, thanks dik <3

      Delete
  10. kita terlebih pula,tinggi okay,berat ja masalah.. biasalah fara jadi manusia tambah2 perempuan mmg ada ja yang tak kena..hehehe..
    mcm kawan kita sorang , kurus kering melidi,makan banyak ttap kurus,dengki pun ada.

    kena apendiks ya,mmg kena berjaga pemakanan la tu, minta nasihat doktor la dik,karang makan2 apa2 yang tak kena parah lagi tu,kita nak bg tips pun macam tak betul ja.

    kakak kita underweight jga,dia minum minumn kesihatan,brand apa entah,sekrang tak tahu la dh bertambah ke tidk..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aippp takmo dengki dengki hehehe terima kasih! :)

      Delete
  11. ina pun ada masalah yg sama jugak macam akak.. berat ina ; 41kg. tinggi; 161... memang underweight jugak.. tp ina x kesah sangat sebab ina pun baru 15 kan hehe.. ina rasa kalau nak naikkan berat badan, ada orang kata kena makan malam.. insyaallah berhasil! ^^

    ReplyDelete
  12. samalah kite..kalau dah metabolisma tggi makan apa pun still susah nak naik berat badan...papa glam nak promote shaklee tu..so far saya guna shaklee..

    ReplyDelete