Wednesday, 24 December 2014

Peminat Nasi Ayam & Nasi Beriani

Assalamualaikum

"Abah, lapar"

Orang duk sibuk shopping baju tapi aku yang tak keruan sebab lapar bebenor. So abah tanya nak makan dekat restoran A atau pun restoran Baser. Sebab aku dah biasa makan kat restoran A, so aku pilih lah restoran Baser ni kat Kota Tinggi.

Restoran Baser ni terkenal sangat dengan keenakan Nasi Ayam nya. Mula mula singgah restoran ni sebab nak rasa nasi ayam dia, tapi bila nampak menu ada beriani kambing haa apa lagi, beriani kambing lah nampaknya! Perghhh sedap weh makan beriani kambing lagi lagi masa tu hujan.



Siapa peminat Nasi Ayam? Nasi Beriani Kambing? Okayyyy siapa siapa peminat dua makanan ni, aku recommend korang singgah Restoran Baser ni. Memang umpph ah, makanan tip top. Harga makanan pun berpatutan, layanan pun Alhamdulillah okay :)

Cuma yang jadi masalah, ramai sangat orang hehe biasalah, makanan sedap. Orang pun ramai lah singgah termasuk aku miahaha.

Restoran ni ada banyak cawangan lagi lagi dekat Kota Tinggi, Johor. Yang aku pergi pun dekat dekat dengan Klinik Hussein. Kalau ada orang Selangor yang teringin sangat nak makan nasi ayam/ nasi beriani Baser ni, jangan risau. Takpayah susah susah pergi Johor, ada satu lagi cawangan dekat Puchong. Rancangan tv Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) pun pernah datang sini. Untuk maklumat lanjut, korang boleh lah layari http://restoranbaser.blogspot.com/

Restoran Baser
No 23, Jalan Ibrahim
81900 Kota Tinggi Johor
Tel: 019~7080809

Restoran Baser
Jalan Niaga 2
Kota Tinggi

Restoran Baser
No 28, Jalan Niaga 3
Kota Tinggi

Kedai Makan Baser
Kg Batu 4
Kota Tinggi

Restoran Warong 
Kota Padang Saujana
Taman Seri Saujana
Kota Tinggi 

Restoran Baser
Jalan 5/1 Bandar Puteri 
Puchong Selangor
Tel: 017~2697700
03~80604124

Waktu perniagaan: 10 pagi ~ 11 malam

Fi Hifzillah! :)

7 comments:

  1. untung org selangor ya..hahaha.. lama tak makan kambing ..mengidam nya... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe jum lah kita makan sama sama nanti, InsyaAllah! :)

      Delete
  2. saya suka kambing !: D terliurr hehehe

    ReplyDelete
  3. asal pagi ni je jumpa banyak blogger update pasal nasi beriani?? terliur tahu.
    baru je lepas makan nasi beriani khamis lepas.. hahhaa

    ReplyDelete