.footer-outer{display:none;}

9 questions tag by Wallflower?

Assalamualaikum guys

Dahhhhh lama rasanya tak kena tag dan thanks kepada Wallflower kerana sudi tag. Memandangkan harini aku cuti tak bekerja maka dapatla kita menghabiskan masa menjawab soalan soalan kbat ni :D

Apakah impian anda yang PALING anda nak?


Banyak. Tapi yang PALING NAK ialah menjadi seorang ahli farmasi yang mempunyai perniagaan Car Wash. Kenapa car wash?? (Rasa macam idea nak update pasal apa lepas ni)
Bila dah banyak duit tu baru lah dapat laksanakan impian impian aku yang lain.

Apakah perkara-perkara atau benda yang comel bagi anda?

Kucing tidur dengan bermacam macam pose


 15 tahun kemudian, agak-agaknya macam mana keadaan anda, ya?

15 tahun kemudian umur aku 32 tahun. Wahhh mungkin dah bersuami dan ada anak anak yang comel. Busy dengan perniagaan Car Wash hehe 


 Buku ataupun cerita yang membawa seribu satu makna dalam hidup anda

Buku teks/rujukan/latihan Sejarah SPM. Gagal subjek ni, gagal la SPM kau.


 Alat muzik apa yang anda harap anda dapat mainkan?

Piano. Sebab nampak sangat mewah dan classic bila seseorang tu pandai main piano.

Apakah / Siapakah yang memberi anda inspirasi untuk terus berblogging?

Diri sendiri. Because my family and my friends didnt know any single thing about my blogging life. Psstt, do not tell them. 


Genre(s) kegemaran anda? (tak kisahlah buku atau filem)

I love thriller and romance. Thriller sebab aku akan tertanya tanya apa akan jadi seterusnya dan romance pula bila nak berangan syok syok dilamun cinta.


Ceritakan pengalaman yang membanggakan diri anda.

Mestilah masa bertanding forum remaja. Aku dah menyertai pertandingan ni since form 4 dan Alhamdulillah pernah jadi juara peringkat daerah. Daerah je pun 


Adakah anda ada trauma / fobia kepada apa-apa? Bolehlah kongsikan dengan kami.

Tak ada apa yang nak dikongsikan sebab belum ada trauma atau fobia atau aku sendiri tak ingat ada ke tak.Sorry gais


Turn aku pula ye tanya soalan kehkehkeh
1. Mana yang anda prefer? Samsung or Iphone dan lain lain? Sila nyatakan.
2. Kenapa anda pilih phone yang telah dinyatakan?
3. Pengalaman pahit yang tak dapat dilupakan
4. Cara anda move on dari kekecewaan (tak semestinya bab cinta)
5. Skincare yang anda guna
6. Negara/ tempat yang ingin dilawati
7. Tempat yang anda rasa paling best pergi kat Malaysia?
8. Pendapat anda tentang blog ni
9. Siapa yang sentiasa bagi semangat kat anda bila sedih atau kecewa dalam
hidup?



Fi Hifzillah

Permohonan Matrikulasi 2016 / Batch 98

Assalamualaikum

"Makkkkk, permohonan matrik dah buka"
"Oh okay" *tengah masak*
"Orang nak mohon tau"
"Kejapnya kau dah besar kan kak..... Tak lama lagi nak tinggalkan mak"

Dan mula lah scene scene anak dan emak meng-throw back kenangan kenangan bersama wakaka

Okay bukan sketsa sedih sedih aku nak cerita harini, just nak bagitahu permohonan matrikulasi untuk tahun 2016 dah buka. Cepat cepat, siapa yang rasa rasa ada keinginan nak masuk matrik, jangan tunggu lama lama! Mohon jangan tak mohon! (kemain, macam lelong baju murah je)

Tekan sini untuk memohon

Laman web tu dah sertakan sekali tarikh permohonan ( 1 Julai 2015 hingga 10 Oktober 2015) serta syarat kelayakan minumum.

Aku pun nak mohon sebenarnya matrik ni. Tak sangka pula tahun depan dah 18, terpaksa berjauhan dengan mak abah sob sobs

Spm dah nak dekat mehhh, trial lagi lah T_T Maaf tak aktif berblogging lepas ni.

Fi Hifzillah

FIRST GIVEAWAY by MRS. PANDA

Assalamualaikum

Sekian lama tak join GA, harini plan nak join lah huhu
Syarat pun simple je, so apa tunggu lagi? Jom ramai ramai join


Fi Hifzillah

Sambutan Hari Guru STAR

Assalamualaikum

Setelah sekian lama tak update blog, finally ada juga topic nak tulis. Cerita hari ni pasal Sambutan Hari Guru peringkat sekolah, event ni diuruskan 100% oleh para pengawas especially AMT which is Form 5 aka saya dan rakan rakan kuikui.

Embedded image permalink

Tema yang cikgu cikgu tahun ni decide adalah retro yo. Retro 60an ke 70 an aku tak pasti, last last kami combine kan dua dua.

Sambutan ni kami dah plan sebulan awal, start from paperbag to button badge to red carpet, acara pagi, sukaneka dan last sekali acara dalam dewan. It was quite hard act nak handle sesuatu event dan semua agak risau. Bukan sebab plan tak jadi, tapi takut aku mengamuk (bcs they know their PKP jenis cepat panik pastu kerja nak mengamuk je huhu)

Fortunately, Alhamdulillah sambutan kali ni meriah dan dipuji oleh guru guru pengawas yayyy *clap hands* Thanks kat Endon (bukan nama sebenar) yang selalu cakap

"Kau buat kerja jangan panik, jangan emo takpayah nak beracah. Nanti semua tak jadi" hehe thanks endon.

Kami bahagikan event kami kepada 3 acara. First, acara kat dataran. Second, acara sukaneka and lastly acara dalam dewan.

Acara kat dataran terdiri daripada ucapan pengetua, ikrar guru, lagu guru, pertukaran hadiah antara guru dan acara potong kek. Tahun ni kami buat parody Malam Pesta Muda Mudi sebelum acara potong kek. Paling gempak bila tengah bawa kotak cake tu, tiba tiba pengawas tersandung dan kotak pun jatuh.

Semua terkejut. Cikgu terdiam. Para penari terkaku. Dan aku? Tersenyum. Yes plan berjalan dengan lancar.
Itulah gimik kami tahun ni, bawa kotak cake. Konon kononnya jatuh, tapi rupanya aku lah penyelamat yang bawa cake sebenar.

Abam hero kita

Alaaa alaa artis engko lalu red carpet.

Pelakon para pengawas

Wakil pengawas, mana KP ntah.

Tari menari, sebelum cake jatuh hoho semua tertipu!!

Penyelamat cewah nak nama juga tuh! Time ni jetjet artis lalu red carpet, sambil ditemani KP

Selamat Hari Guru, cikgu cikgu STAR

Acara Sukaneka

Walaupun tengah panas, cikgu cikgu masih seronok bersukaneka

Baling belon dan tangkap guna kain pelikat

Bowling kelapa

Endon? Ye endon.


Kupas kulit epal tanpa putus



And lastly, acara penting setiap tahun. Kerusi muzik

Acara dewan

Tahun ni kami buat ala ala Anugerah Bintang Popular Berita Harian, siap ada pengacara majlis yang sungguh mantop! Persembahan yang sungguh mencuit hati. Tahniah kepada pelajar STAR yang terlibat menjayakan majlis tahun ini


Orang kuat majlis sambutan Hari Guru. Sayang ko KP. Semoga friendship kita kekal, but i still hate u

49 orang pengawas yang terlibat dalam program ini. Tahniah!!


Embedded image permalink

Tempahan button     ; https://www.facebook.com/pages/Kufiku

Fi Hifzillah

Yayy Fast & Furious 7

Assalamualaikum

Walaupun aku agak ketinggalan sebab orang lain dok sibuk tengok Fast & Furious 7 masa dia baru release, tapi aku tetap nak buat review.

fast-and-furious-7-poster-404x600

Secara jujurnya, aku bukan lah peminat setia Fast & Furious  tapi dari kecil aku tak pernah miss tengok F&F ni sebab abah kot yang tengok, so aku pun join sekali lah. Dan aku juga bukanlah kaki wayang yang setiap kali ada movie baru, aku akan habiskan duit beli ticket wayang. Aku sabar menunggu movie baru keluar kat tv harhar

Tapi apa yang membuatkan aku sanggup perhabiskan duit tengok F&F 7 ni?


Tadaa!!! Sebab antara pelakon utama dia, Paul Walker (Brian O'Conner) telah meninggal dunia 2 tahun lepas dan aku tertanya tanya *muka serious* apakah kesudahan cerita ni.

Ditambah lagi sebelum tu aku ada baca review blogger lain, dan diaorang sertakan video yang membuat hati aku touching wehhhh!

Tapi serious ah cerita ni banyak scene scene yang dupdap buat penonton rasa berdebar. Selain tu, cerita ni juga menfokuskan kepada persahabatan dan kekeluargaan. Kira lengkap lah semua ada, race, fight, friendship and family.






Ending yang sangat sedih, bila cerita dari awal dah gempak gempak tetibe ada part sedih ni rasa macam huwaaaa aku tak leh move on lagi dengan ending dia. Nak tahu apa jadi? Haaa tengok dulu :P



Dan berbaloi ke duit korang tengok F&F 7 ni? Aku rasa berbaloi. Sebab...




Fi Hifzillah, selamat menonton.

Karnival Jom Masuk U - UTHM, Batu Pahat

Assalamualaikum

Siapa pernah pergi Karnival Jom Masuk U yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia? Alhamdulillah harini aku berpeluang pergi karnival ni bersama kawan kawan sekolah. Banyak manfaat pergi sini especially bagi lepasan SPM yang masih keliru dengan hala tuju engkorang lepas SPM.

Dekat karnival ni, ada banyak booth universiti / kolej swasta, and mostly aku tengok course yang ada more to multimedia, perguruan dan perakaunan. Mungkin ada yang lain, tapi HMPH penuh sangat, sesak! Sampai nak teliti satu satu pun tak sempat.

Aku cuma pergi booth Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan UiTM sahaja, sebab aku cuma survey dua universiti ni je dari dulu mengikut cita cita aku iaitu menjadi ahli farmasi.

Kalau mengikut perancangan aku, aku nak masuk sama ada

1. Asasi Farmasi - yang hanya ditawarkan oleh UIA
2. Asasi Sains Hayat - aku survey dan aku pilih UiTM
3. Matrikulasi - jurusan Sains

Lepas habis asasi /matrik, boleh terus sambung Sarjana Muda Farmasi. InsyaAllah itu lah perancangan (angan angan) aku setakat ni.

Tapi still taktahu lah kan, mungkin ada yang lebih berpengalaman nak share kisah perjalanan engkorang masuk universiti ni?


Nampak tu beg oren beg hitam? haaaa beg tu free tau! Aku dapat 4 lagi. Itu kalau pergi semua booth tu, hambekkk kau boleh penuh tangan kuikui

Baiklah, siapa yang ada plan nak pergi karnival ni, aku sertakan jadual lokasi seterusnya.


Fi Hifzillah. Jangan lupa share pengalaman kamu semua muah.

Kahwin muda?! Yayy or No?

Assalamualaikum

Alkisah semalam....

"Kak, semalam ada orang masuk minang. Mak terima"
"APA?! Siapa mak?"

Jeng jeng. Kahwin awal? Ada yang berpendapat kahwin awal ni bagus, ada juga yang kata kahwin lah lambat. Habiskan belajar dulu, cari kerja, beli kereta dan sebagainya. Bila dah betul betul sedia, barulah kahwin.

Memandangkan perkara ni terjadi dekat aku, bolehlah sikit sebanyak aku kongsi em kebaikan dan keburukan kahwin awal ni? Ehehehe 

Kebaikan

1. Mari tambah pahala!

*peluk suami* DAPAT PAHALA
*cium isteri* DAPAT PAHALA
*main kenyit kenyit mata* DAPAT PAHALA
*isteri masak untuk suami* DAPAT PAHALA
*suami bernafsu tengok isteri* Aipp aipp naughty eh! yang ni pun DAPAT PAHALA!

Tengok lah berapa banyak pahala kita dapat selagi kita buat perkara perkara baik bersama suami. Kahwin muda, lebih banyak pahala kita dapat macam itu. Mudahnya dapat pahala :)

2. Mengelakkan daripada zina

"Sayang, hati hati melintas jalan tu. Mehh pimpin tangan abang."
"Sayang, rambut terkeluar sikit, mehh abang masukkan balik"
"Sayang baby bucuk masham ilebiu"

Dah kahwin ni, nak pegang tangan semua dah halal. So bagi yang taktahan sangat nafsu tu, yang sampai boleh berlaku maksiat / zina, segera lah berkahwin. Bila zina dapat dielakkan, anak luar nikah pun dapat dikurangkan. Haa gitu.

3. Pemangkin untuk berjaya

Siapa kata pelajaran makin merosot bila kahwin muda ni? Nehi nehi, orang kata pasangan kita tu akan jadi semangat untuk kita maju ke hadapan.

"Malam ni sayang tak nak tidur"
"Kenapa?"
"Esok exam, sayang kena study"
"Alololo cian wife abang ni. Abang teman sayang ye malam ni. Belajar rajin rajin, nanti abang belanja hadiah"
"Betul ni?! Sayang nak jubah, nak shawl, sayang nak handbag gucci yang latest tu bang, pastu iphone 6 pastu......."

Amboi, demand gila tu. Tapi apa salahnya, minta dekat suami juga kan? hihi *sambil tersengih*

4. Peneman setia di kala bahagia dan lara 

"Abang, kenapa muka berkerut je ni?'
"Abang stress kat tempat kerja"
"Mehh sayang urut bahu abang, mesti abang penat kan. Sayang dah masak lauk fav abang"

See, bila stress ada orang urut. Ada pasangan yang setia menemani kita. Yang boleh hilangkan kekusutan di jiwa cewah

Last but no least hikhik

5. Rezeki bertambah

Orang kata, bila nak kahwin ni rezeki akan bertambah. Mungkin bukan rezeki kewangan tapi dikurniakan rezeki dari segi anak? Anak... eheheh. Lagipun Allah berfirman

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang- orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

Keburukan?

Sebenarnya tak ada keburukan kalau kita berkahwin muda ni, kahwin sorok sorok kahwin lari semua tak salah. Bukan ke perkahwinan tu tuntutan agama?

Cuma kita sedia maklum, ramai orang orang muda ni darah masih panas. Nak ikut cakap sendiri, nak kebebasan, so kalau rasa belum bersedia nak berkahwin tu, jangan lah gataiiiii sangat noh hang nak pi kahwin.

Belajar sampai habis dulu, cari kerja, persiapkan diri dari segi jasmani, rohani dan emosi. Bila hang rasa dah cukup matang nak tempuh alam perkahwinan yang penuh dengan liku liku kehidupan, haaaa apa tunggu lagi? Si lelaki, cepat masuk minang. Takut nanti kena kebas orang pula kihkihkih

Apa apa pun, dalam perkahwinan ni ada pasang surut. Kalau kita bersedia untuk menempuh cabaran bersama sama pasangan, pandai bertolak ansur, fahami pasangan masing masing, InsyaAllah perkahwinan kita akan kekal sampai Jannah. Apa orang muda muda kata tu, lovetilljannah kononnya. Haa gitu puih. 

Okay berbalik kepada sketsa mak dengan aku semalam.

Jeng jeng, rupanya mimpi saja. Pelik juga tetibe mak terima pinangan orang, sebab mak tak kasi aku kahwin awal. Katanya, aku belum bersedia nak jadi seorang isteri ehehe takpe mak, orang faham.

Akhir kalam,
Orang Putih Orang Pakistan
Terima Kasih Syukran Jazilan 

Cewah, sejak berforum ni kata kata aku macam high class sikit sampai sibuk nak bagi tips kahwin kononnya kuikui. 

Ke peringkat negeri dan tips tips.

Assalamualaikum

Salam tengahari, salam jumaat dan salam cuti sekolah ehehe selalunya cuti cuti macam ni baru ada masa nak berehat, bersantai, makan pun dalam keadaan tenang (kalau tak selalu makan terkejar kejar)

2 minggu lepas, aku dengan geng forum  bersusah payah cari masa practice untuk pertandingan memandangkan jadual kami yang pack sebab nak study exam. Bila dah practice pun, ada yang sangkut sangkut, terlupa lah, tetibe phone berbunyi lah dan bila masing masing dah menyampah, kami berwefie menggunakan camera 360 (kekonon nak flawless hiks)

3 hari sebelum pertandingan.....

Seboleh boleh nak practice depan pelamin.


 
Ahli forum remaja 2015. Pagi sebelum pertandingan. Muka tenang tapi masing masing berdebar.

Disebabkan sekolah yang kami pergi tu tersangat lah dekat, lebih kurang 15 minit so perjalanan taklah membosankan. 

Dan antara tips yang diberikan oleh cikgu kami ialah, sebelum pertandingan mesti makan pisang dan minum caffeine. Benda ni akan buat korang hilang nervous dan akan tenang je. Secara jujurnya, aku tak boleh minum minuman bercaffeine. Nanti aku akan demam, kembung perut dan muntah muntah. Paling teruk, setiap kali minum caffeine aku akan mengantuk dan tertidur terus. ish ish.


Kami antara peserta yang datang awal, so sementara tunggu peserta sekolah jauh sampai, kami makan pisang, pergi tandas, ambil gambar, bergossip, makan pisang lagi, pergi tandas lagi dan berulang. 

Bila cikgu pengiring diminta untuk cabut undi, tada! Giliran pertama. Alhamdulillah, rasa senang sikit kalau giliran first ni. At least orang akan tumpukan perhatian.

Pengerusi majlis memulakan bicara.

Tajuk forum kami ialah Baik Buruknya Internet Dalam Kalangan Pelajar. So far, the competition went very well. Kami tak tengok teks, tak tergagap cuma masih kurang dalam forum spontan. Need more practice on that.

Tuan blog 4eva kiut

Alhamdulillah, walaupun practice cuma seminggu tapi berbekalkan pengalaman tahun lepas, kitaorang berjaya mendapat tempat pertama seterusnya melayakkan kitaorang pergi ke peringkat Negeri. Doakan kitaorang berjaya di peringkat seterusnya pada 25/3 ni tau! 

 Muka bangga naik pentas. 

Cikgu, we did it! Alhamdulillah!

Baiklah antara tips dan pengalaman kami ialah:
  1. . Makan pisang dan minum caffeine sebelum pertandingan.
      -Bagi menghilangkan nervous dan gemuruh.
  2. Practice seminggu lebih awal. Tak practice bersama pun tak apa, tapi mesti hafal teks tu betul betul. Practice bersama tu cuma untuk berlatih gaya dan ekspresi muka.
  3. Pastikan semasa pertandingan tu, jangan tengok teks. Bila kita tengok sekali, serious kita akan lupa benda yang kita dah hafal.
  4. Pastikan percakapan jelas, perlahan dan baku. Pastikan penonton faham isi yang kita nak sampaikan.
  5. Banyakkan bacaan sebab lepas habis forum, akan ada satu lagi which is forum spontan. Hakim akan bagi soalan, kita kena jawab macam berforum tadi
Baiklah, rasanya setakat tu je cerita yang dapat dikongsikan. Macam biasa, blog semakin ha ha hambarrrr kerana tuan blog yang busy mengalahkan perdana menteri.

Fi Hifzillah.

Big Hero 6 was awesome!

Assalamualaikum

First, Alhamdulillah sebab ujian selaras 1 dah habis. Lega teramat lega, lepas ni tinggal focus Pertandingan Forum Remaja je.

Sec, sebab ujian dah habis boleh lah kita berjimba bertepuk tangan meraikan kejayaan kita selama seminggu bertukus lumus study hokayyy

Mungkin agak terlambat untuk aku bercerita mengenai movie ni, tapi apakan daya sebab aku memang selalu ketinggalan bab tengok latest movie ni. Mempersilakan....


I really love this movie! Watak watak dia yang sangat comel, jalan cerita yang menarik, of course berkaitan dengan technology masa kini, penciptaan robot dan alatan yang canggih dan  apa yang membuatkan movie ni menarik ialah watak Baymax yang ya Allah cutenya!!!

Untitled
Who needs a boyfriend when Baymax can gives you a warm and sweet hug?

Untitled

Baymax ni kira macam nurse yang Tadashi (abang watak utama) cipta. Nurse robot, awak ada?

Yes, ada part yang menyentuh hati aku bila tengok movie ni which is Baymax sanggup berkorban nyawa dia demi Hiro (watak utama) jeng jeng apa yang dah jadi dengan Hiro? 

Kepada sesiapa yang dah tengok movie ni, tahniahhhh sebab dapat tengok awal awal lagi. Siapa yang belum tu, cepat cepat lah tengok! Tak rugi pun, hilang stress tau.

Baiklah, setakat sini saja. Blog kian ha ha hambarrr kerana tuan tanah yang tak habis habis busy kalah perdana menteri

Fi Hifzillah.

Kem pengawas yayy!

Assalamualaikum kesayangans sekalian

Wah rasa dah lama aku meninggalkan dunia penulisan ni kuikui, orang pun naik bosan dok asyik post yang sama je ada kat blog ni. Hakikatnya aku terpaksa korbankan masa lapang ni demi tanggungjawab yang bertingkat tingkat kat bahu ni adeh -_-'

Ingat lagi aku minta pendapat para blogger tentang aktiviti apa yang perlu dilakukan untuk kem kepimpinan pengawas dan pengawas pusat perpustakaan haritu? Alhamdulillah kem tu berjalan dengan lancar. Serious lega bila kem tu dah habis. Terima kasih kepada yang sudi bagi idea idea untuk aku buat masa kem tu nanti.

Lega sebab apa? Sebab tak perlu fikir lagi lepas ni nak buat apa, aktiviti apa yang sesuai, duit cukup ke tak dan macam macam lagi. Aku sampai menangis fikirkan hal hal kem.

Kem kepimpinan 3 hari 2 malam ni cuma buat kat sekolah tapi fuh masih mencabar. Mencabar diri seorang pengawas dari segi mental, fizikal dan tahap pengetahuan diaorang. Bukan setakat para peserta yang tercabar, AJK dan facilitator pun rasa tercabar lagi lagi aku yang tak tidur 48 jam semata mata nak jaga peserta peserta ni.


Penat tapi masih comel eh eh

Ada banyak LDK (latihan dalam kumpulan) yang kitaorang buat, selain tu ada night walk, jungle trecking (yang ni aktiviti spontan waktu pagi tapi still mencabar sebab kakak abang faci semua jahat), ikhtiar hidup, malam kebudayaan dan sukaneka.

Nak cerita setiap aktiviti yang dibuat memang panjang berjela lah post ni, tapi aku still nak share setiap satu aktiviti yang kitaorang buat. Cuma bukan dalam entry kali ni. InsyaAllah entry akan datang aku share semua aktiviti, mungkin satu hari nanti boleh jadi rujukan korang semua :)

Terima kasih diucapkan kepada AMT pengawas & pengawas perpustakaan, AJK serta akak abang faci yang sudi membantu menjayakan kem kepimpinan tahun ni. Semoga yang baik dijadikan panduan kita semua, InsyaAllah kalau umur masih panjang kita berjumpa untuk kem form 1 akan datang hehe (ada lagi rupanya kem!)

Embedded image permalink

Fi Hifzillah.

Sambutan Maulidur Rasul

Assalamualaikum

Walaupun aku belum sembuh daripada demam, tapi aku gagahkan diri juga join sambutan Maulidur Rasul kat sekolah. Entry kali ni tak banyak sangat membebel, kita cuci cuci mata dengan gambar ye muah muah.

Setiap kali sambutan, sekolah akan buat pertandingan. Pertandingan banner paling lawa, perarakan paling kemas (termasuk pakaian seragam dan selawat paling kuat), pertandingan nasyid, bicara berirama serta pantonim.

Alhamdulillah, kelas aku (5SN) berjaya dapat tempat pertama bagi banner paling lawa dan tempat kedua bagi perarakan paling kemas. Koh koh *muka bangga* padahal kitaorang tak sangka weh boleh menang. Faham faham je lah, class kitaorang ni suka buat kerja last minute. Kerja last minute ni selalu hentam kromo je. So bila menang , kitaorang macam....

"WEH KELAS KITA MENANG?!"



Bukan selalu jadi gadis bunga



Nampak tak banner yang menang tu? Ntah apa yang lawooo sampai boleh menang pun taktahu
Perarakan tempat kedua? Acane boleh menang ni hee pakaian tak seragam, jalan berterabur pula tu

Bodyguard yang encem dan tuff bakhanggggg

5 Sains 2015

Yang ni cinta hati aw

Bakal adik ipar yang dah tak jadi huhu

Embedded image permalink
15/25


Okay kalau korang perasan, gadis gadis 5SN semua pakai flower crown kan? Lawa kan?!
Kalau korang berminat, korang boleh tengok dekat instashop @sukashope

Fi Hifzillah.