Friday, 23 January 2015

DIY; Pencil Case SPM

Assalamualaikum

Bila start tahun baru je, orang dah ready dengan persiapan persekolahan. Beli baju baru, bag baru, kasut baru dan lain lain. Sampai esok tak habis kalau aku senaraikan semua barang.

Dan seperti tahun tahun sebelumnya, aku pakai barang yang lama. Tak ada yang baru, okay tipu je. Aku ada stokin baru, yes cuma stokin. Sebab stokin aku cepat berlubang, taktahu kenapa. Nak kata ada tikus kat rumah macam ummm takde je heh T_T

Bukan parents taknak belikan hokayyy, aku je yang taknak.

"Taknak beli baju baru?"
"Taknak, last year punya okay lagi"
"Kasut?"
"Yang lama pun muat lagi, toksah membazir"
"Bag?"
"Kakak dah tahun terakhir sekolah, beli nak masuk U je nanti" (confidentnya dapat masuk U huhu, InsyaAllah)

"Ha yang ni mesti kakak nak en. Beli pen?"
"NAKKKKKK!"


Aku dengan pen berpisah tiada. Sebab aku suka guna pen dakwat basah, so dia cepat habis. Makanya pen merupakan benda yang paling wajib beli setiap bulan.

Masa tengah dok sibuk cari adik punya kelengkapan asrama dekat MR.DIY, aku nampak pencil case ni comel comel je. Biasalah, bila form 5 ni banyak sikit barang nak dibawa. Gam lah, calculator, pen merah pen biru pen hitam. So kena lah cari pencil case yang besaqqqq punya.

Tapi dia plain je, macam bosan bila tengok. Haa apa lagi, bila dah tak ada kerja tu, aku try ah tambah itu ini. Mehh tengok apa aku buat sehari sebelum sekolah.

Bahan (kemain tau, macam nak tulis resepi pula)

Ni lain pencil case yang cheq habaq, murah je. Rm 2.90 hikhik 

Jarum dan benang

Butang yang aku jumpa masa tengah kemas bilik.

Gunting dapur siang ikan :p

Selepas bertukus lumus, membanting tulang empat kerat ni....
Akhirnyaaaaaaa! *dengan muka bangga*

Seminggu selepas sekolah. (akan cuba cari kemana menghilang butang tu)

Seminggu sekolah je dah tertanggal satu butang. Kalau dua tiga minggu sekolah hmmm aku rasa bogel balik lah pencil case aku ni miahaha.

Tips di sini, jadilah kreatif walaupun aku rasa otak aku ni memang tak power bab menghias apatah lagi nak jadi kreatif. Tak perlu beli barang mahal mahal tapi pakai setahun dah beli baru. Dekat MR.DIY pun ada barang comel comel. Selain pencil case, kedai ni pun ada jual barang barang plastik. Serious comel, murah murah pula tu!!! Dia lebih kurang maam Daiso lah en.

Sebenarnya korang boleh jadi lebih kreatif daripada aku ni. Contohnya tambah lace ke, letak butang sepenuh penuh case tu ke, letak huruf huruf ke. Apa je, ikut kreativiti masing masing en.

Fi Hifzillah.

13 comments:

  1. Hehe. kita pernah try ni dulu zaman sekolah sekolah. Boleh buat bisnes hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikr!! Buat bisnes ni mesti untung banyak but sadly dah tak ada masa skrg ni nak fikir psl bisnes huhu :(((

      Delete
  2. kreatip. :D
    suka tengok pencil case tu. simple. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka tengok, simple yet kiut and nice hihi

      Delete
  3. hahhaa ,, patutnya letak butang tu mengikut countdown bulan nak mengahadapi spm. baru boleh tahu berapa lagi nak buat persediaan spm. hahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tengok tu, kreatif sungguh!! Tak terfikir pun nak buat centu.

      Psstt, boleh je buat but part paling malas tu nak menjahit huhu

      Delete
  4. kia suka beli pen dlu..suka simpan stok pen..hehhe..
    pastu bawa smua benda sumbat dlm pencil case..adoi..mcm doraemon..
    tp pencil case kita kan..beg makeup .. hhuhu

    ReplyDelete
  5. thanx datang blog akak..

    hihihi cute je bt akak teringat zaman sekolah jugak..tau tak dulu akak guna pencil case dari form1 bawak sampai ke u, sampai grad tau..9 tahun guna..sbabnya, rasa pencil case tu mcm lucky charm kite je hihihi..

    ReplyDelete
  6. ganasnye gune gunting siang ikan, tak pernah akak gune...hihihi
    btw, nice diy =)

    ReplyDelete
  7. pandai jahit pon dah kira bagus.. hehehe.. =)

    ReplyDelete