.footer-outer{display:none;}

PMS dan lelaki?!

Assalamualaikum.

Perempuan ni kan bila hampir or mengalami period, mood diaorang susah bebenor nak ditafsirkan. Ada je pelbagai ragam yang dibuat. Yang pelik pelik pula tu. Ni lah yang dipanggil PMS (Pre Menstrual Syndrome) but hey it's not something that we choose to have okay. Benda ni something yang kitaorang tak boleh control, bila hormon dalam badan semua tak stabil. Masatu hormon sedang bergelora seperti roller coaster dalam badan.

Takkan lah nak marah diri sendiri kot

"Farahin, do not have PMS!"

Tak, cara tu takkan menjadi.

Mungkin lelaki tak faham. Ye, lelaki takkan pernah faham. Sebab lelaki tak berada dalam situasi kitaorang. Tahu tahu je nak marah kitaorang balik T__T Bukannya nak tanya kitaorang okay ke idok. Mostly perempuan yang mengalami PMS ni bukan setakat mood je tak betul, but certain girls akan mengalami;

  1. Rasa loya, nak muntah
  2. Pening
  3. Sakit perut
  4. Sakit pinggang
Bayangkan kalau every single month kau kena hadap semua benda yang menyeksakan ni, memang wajar lah kau semua ada mood swings dan sebagainya duhhh

Tujuan aku buat entry ni supaya dapat share beberapa hint perempuan yang tengah PMS ni dan supaya lelaki, (tak kisah lah boyfriend, tunang, suami, adik lelaki, ayah) sedar perempuan kesayangan diaorang sedang mengalami fasa PMS dan dapat bersedia lebih awal dan lebih memahami kihkih
Lelaki jangan expect perempuan akan bagitahu sendiri yang diaorang tengah period. So korang kena lebih peka.

1. Rasa insecure sangat 

"Sayang, awak dah tak sayang saya eh?"
"Kenapa saya rasa awak dah tak sayang saya"

Yes, walaupun perempuan tu tahu boyfriend sangat sayang dia tapi diaorang tetap rasa insecure. 

2. Mengidam macam macam

"Sayang, saya nak makan tomyam. Saya taknak tomyam kosong, pastikan tomyam campur. Ha one more, make sure awak beli dekat restoran fav saya. Saya taknak tempat lain"

"Awak tahu tak kawan kawan saya semua post gambar ice cream Magnum dekat insta. Jom kita pergi Magnum Cafe. Saya nak ice cream kat situ je, saya taknak ice cream magnum beli kat kedai runcit."

Kemain demand gila perempuan time PMS ni. Dia punya craving perghhhh and this is what happens to me every month. Setiap kali period, aku pasti craving makanan yang aku jarang makan. Memang rasa menangis kalau tak dapat. But bila dah lepas PMS, tak rasa nak makan pun huhu


3. Manja gila!

Kalau isteri tetibe nak peluk suami je 24 jam, suami jangan lah marah marah.

"Eh awak ni kenapa nak peluk saya je. Manja sangat ni apahal"

Suami jangan marah, biarkan je. Perempuan ni rasa selamat bila dipeluk sebenarnya. Tapi janganlah dah tahu tak halal, gataiiii sangat nak peluk boyfriend. Boyfriend pun apa lagi haaa ambil kesempatan lah!

4. Mood swing

Mood swing ni bila kau tengah gembira, tiba tiba kau marah. Pastu dua tiga minit kemudian, kau menangis. Yes, sangat tak best. Masatu perasaan tengah bercampur baur. Perubahan mood secara mendadak. Lelaki janganlah tuduh perempuan ni meroyan ke apa. Cuba lah faham sikit.

5. Akan jadi orang yang berbeza

Kalau girlfriend kau tu suka bercakap, asyik nak selfie 24 jam, suka senyum je then tetibe dia jadi pendiam, kalau kau ajak selfie pun dia asyik menolak, pastu muka masam je haaa ketahuilah bahawa girlfriend engkorang tu tengah PMS!


"Sayang jom kita selfie"
"I taknak"
"Alahhh jom lah jom lah" *buat muka comel cuba pujuk girlfriend*
"I cakap taknak, means taknak lah! I dah lah tengah hodoh gila sekarang ni, pastu you ajak selfie. You memang sengajakan hmmm you dah tak sayang I ke?"

Dan inilah kisah perempuan dan PMS nya. Semoga lelaki di luar sana sabar melayan karenah perempuan yang disayangi. Perempuan tak minta pun semua benda ni. Kalau sayang, terima lah dengan baik buruk perempuan tu dengan ikhlasnya. Janganlah kau tengking dia pula.

"You, kalau I boleh tarik sikit PMS you tu kasi kat I. I sanggup T_T" *muka terpaksa*
cewah ayat nak pujuk girlfriend.

Fi Hifzillah.

16 comments:

  1. Hahaha . Ayat last tak boleh blaa . Hahaha .
    Nice info sis ! Dan sebab tu lah perempuan ni special dimata Allah . Kan kan kan ? Hahaha Keep it up !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi thankyou! and yeahhh perempuan ni memang special di mata Allah :)

      Delete
  2. "ambiklah semua pms tu kat u, i sikit pun tknak" haha reply balik kt si boyfriend tu! semua yg tertulis tu mmg tepat hahaha. muka monyok je time hari 3 hari pertama.. hahaha nice info :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh kalau boleh girlfriend nak bagi je semua PMS tu huhuhu

      Delete
  3. seriusly blh tergelak baca entry sis. good job sis :)

    ReplyDelete
  4. hahahahahahahahahashahaahahahahah. tu je mmpu...

    ReplyDelete
  5. perempuan ni macam2 kerenah kan? kadang2 ngada, kadang2 manja tak betul :P hahahaha jk jk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha biasalah, nama pun perempuan. Lelaki pun sama, kadang2 ada pelbagai kerenah juga :p

      Delete
  6. hahaha. pernah kena sekali dengan kawan yang tengah senggugut. haha. dia tengah mood swing, kena kacau. memang kena tengking lah. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih siapa suruh kacau masa perempuan tengah senggugut :p

      Delete
  7. senggugut memang sakit gila. k tuu jer T_T

    ReplyDelete
  8. Sy lah tuuu. Hampir setiap bulan, senggugut datang menjelma. Tambah pulak dengan rasa pening nak muntah dengan sakit pinggang. huh! Sabarlah wahai diri tsk tsk. But yess, lelaki memang tak akan faham ap spesislaa PMS ni sbb dorang takpernah ragsho.. =='

    (http://anies-msletoes.blogspot.com/2015/01/refill-lah-bukannya-mintak-bill.html)

    ReplyDelete
  9. hanya perempuan ja boleh rasa kesakitan itu.. lelaki mungkin rasa pelik semacam kan sbb ya la org perempuan ni mood kejap2 berubahnya..tak paham.. yg pentinglelaki tu kena sntiasa ada di sisi..

    entah apa aku merepek ni..hahaha

    ReplyDelete