.footer-outer{display:none;}

Janji mana janji

Assalamualaikum

//cerita ni 100% pengalaman kawan\\

"Saya janji dengan awak saya takkan tinggalkan awak dan sentiasa cintakan awak"
"Saya janji hanya awak sorang dalam hati saya"
"Saya janji saya takkan pandang perempuan lain selain awak"

Begitulah janji janji manis seorang boyfriend kepada cinta hati intan payungnya puih. Bukannya apa, aku tak kesah kalau nak berjanji sekalipun tapi tolong janji main main dengan janji.

Seronok buat janji lepastu lupakan je? Seronok berjanji nak cinta orang tu sampai mati lepastu tetibe ada perempuan lain?



Berjanji tu mudah tapi menunaikannya yang susah. Kenapa? Sebab berjanji tu guna mulut weh, tapi menunaikan tu guna anggota badan.

Cinta tu kan suci, Allah hadirkan perasaan tu kat setiap manusia. Jadi kenapa kita kena permainkan cinta tu? Kenapa perlu berjanji kalau tahu tak dapat tunaikan?

Allah SWT berfirman, “Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu sesudah meneguhkannya“ (An-Nahal : 91)

“Tanda-tanda munafiq ada tiga. Apabila berbicara, dia dusta. Apabila berjanji, dia mungkiri. Apabila dipercayai, dia khianat “ (HR.Muslim).

Semua dalil dan hadis dah jelaskan yang memungkiri janji tu dipandang serius dalam Islam. Nak ke kita tergolong dalam golongan munafik tu sebab janji bodoh yang dibuat?

Dear boys and girls, my lovely readers,

Kalau rasa tak boleh tunaikan janji, tak kira sama ada janji untuk mencintai sampai mati ataupun janji janji lain, pastikan korang semua tepati janji tu. Ingat! 

Tapi kita ni kan manusia, tak terlepas daripada melakukan kesilapan. Kadang kadang bukan kita sengaja taknak tunaikan janji tu, mungkin keadaan yang memaksa kita. Jadi sama sama lah kita berubah kearah kebaikan, InsyaAllah.

Dan untuk yang bercinta tu, jangan terlalu percaya dengan janji manis kekasih korang. Takut je nanti korang dah terlalu percaya pastu korang dikecewakan haa merana terseksa jiwa raga kauorang nanti. Menangis 7 hari 7 malam gitu sobsob

Fi Hifzillah

10 comments:

  1. Hahaha nice entry ! ^_^ and honestly masa zaman kegelapan dulu. muahaha. penah la hadapi menatang ni. Tapi ye la, lepas spm punya bercinta, Bila pakat2 masuk U, mula la dia makin lama makin kurang msj, kol. Tak kisah pun kalau xmsj/xkol klu dia niat nak jaga iktilat. Seriously, I'm okay with it. Tapi spndai pandai tupai melompat, jatuh kedebukk ats tanah bila kantoi. hahahaha. :D sakit gila hati tapi bila fkirkan balik, ALHAMDULILLAH sbb Allah tunjuk waktu tu bkn bila dah kawen, so selamat tggal kekasih gelap ku. hhaha. Anyway, ada nak share :)

    "Jangan berjanji waktu gembira, Jangan buat keputusan waktu marah " ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol akak punya kes sebijik macam saya -_________- sedih kan bila jadi macam tu haih redha :')

      Delete
    2. Huhu kes korang berdua sama macam kawan saya, redha je lah :)

      Delete
  2. pernah lalui benda ni. rasa sakit sangat sebab masih teringat janji lama. tapi takpe laa, dah takde jodoh kan :)

    ReplyDelete
  3. yup,jangan berjanji kalau tadapat nk tunaikan. . :D

    ReplyDelete
  4. Kalau ada orang yg berjanji pun memang tak akan fikir dia nak tunaikan/tak. Tak nak mengharap. Sebab kalau lagi mengharap, pastu tak ditepati, rasa lebih sakit.

    ReplyDelete
  5. dulu-dulu pernah la. hehehe.. ya Allah.. tapi yaya faham dah. janji dari orang ni selalunya tak semua ditunaikan..

    ReplyDelete
  6. dah la berjanji tak tepati,pastu hilang cenggitu je kan?hampehh..hihi.*bukan pengalaman sendiri ye..*hehe.Tapi yelah,kdg2 kita mmg best sgt berjanji ngan org,bila tak mampu nak tepati,mula la rasa nak melarikan diri, why not berdepan je,jadi la gentleman,bagitau yang kita tak mampu nak tunaikan janji tu because of so and so.Huhu...
    btw, salam kenal dik... akk follow sini ye...

    ReplyDelete
  7. jgn berjanji jika tak mampu tunaikan ;)

    Jom meriahkan Segmen Bloglist Mac-April CN ;)
    http://www.cekgunorazimah.com/2015/01/segmen-bloglist-mac-april-2015-by-cn.html

    ReplyDelete
  8. pengetahuan manusia tu sangat terhad.

    especially bab2 berjanji utk masa hadapan kan *sad smile*

    ReplyDelete