Saturday, 3 January 2015

Perempuan, jangan bagi segalanya!

Assalamualaikum

Selamat pagi*tengok jam*
6.35 am. Kemain tau pagi pagi lagi dah update entry kahkah biasalah, pagi pagi otak kan masih fresh
Cewah.

Okay lets talk about us, dear girls.

Perempuan ni kalau dia sayang someone (yeah, boys), dia akan betul betul sayang aite?
Truly madly deeply foolishly completely in love with their boyfriend. Aku tak cakap salah pun, benda tu normal. Perempuan dilahirkan dengan sifat penyayang. Sedangkan nampak kucing tepi jalan pun diaorang boleh kata "Comelnya kucing ni" (walaupun kucing tu comot) apatah lagi menyayangi lelaki yang ada perasaan, yang mempunyai perangai perangai pelik tapi comel khas untuk si girlfriend, yang handsome, yang kaya, yang romantic, yang sweet, yang manja dan yang pandai bermain kata kata manis.

"Lautan api sanggup ku renangi" okay okay pick up line ni dah basi..... *facepalm*

Dan sebab terlalu sayang lah, perempuan sanggup bagi segala-galanya yang boyfriend/tunang minta. Ye, boyfriend atau tunang, bukan suami auw. Suami tu cerita lain ah, dia minta kau kena bagi hikhik.

"Sayang, pegang tangan I. Nanti you sesat. Sesat di hati I"

Mula mula minta pegang tangan.

"Sayang, I nak tengok gambar you freehair boleh?" 

Lah ni, minta gambar kita tak pakai tudung pula. Lepas tu apa?

Haih hangpa ni semua, kahwin lah dulu baru minta yang bukan bukan. Tapi sebab sayang, sebab taknak si cinta hati merajuk, si perempuan bagi lah apa yang lelaki tu minta.

Girls, jangan mudah sangat bagi diri kita selagi tak halal. Contohnya lah kan, lelaki tu memang sayang kau. Dia ada niat nak kahwin dengan kau, dan kau bagilah dia everything. "Takpe, bakal suami." Ayat nak sedapkan hati. Tetibe, bakal suami kau tu curang, or maybe dia mati accident. Takkan kau nak membujang je sampai tua? Mesti kau cari pengganti. Dan pengganti tu pula memang jodoh kau. Akan jadi suami kau. Bila kau dah bagi everything dekat bakal suami tak jadi tu, habis apa yang suami kau dapat?

Tak semua lelaki yang minta tu jahat, mungkin sebab terikut sangat hasutan syaitan. Tapi kalau minta makhota korang tu boleh kira jahat lah.
So perempuan ni kena pandai pilih lah. Jangan bagi ayat manis sikit je terus cair.
Kalau boyfriend minta gambar freehair (bagi yang bertudung) cuba lah cakap elok elok dekat si kekasih hati tu. Jangan marah marah pula. Bincang elok elok.

Yang penting, selagi si kekasih hati tak shake hand dengan tok kadi, jangan lah bagi segala galanya okay?

Fi Hifzillah.

26 comments:

  1. comel entry ni.sokong sangat.perempuan kena tahu harga diri mereka.Jangan terlalu murah sehingga semuanya nak bagi free.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah tak boleh sangat bagi muka dekat orang lain walaupun si kekasih hati. Suruh kahwin dulu..

      Delete
  2. Assalamualaikum :)

    Wahh betul tuh :) Saya sokongg !

    ReplyDelete
  3. best entri :) sokong sesangat .. perempuan jangan jd 'murah' sangat ^_^

    ReplyDelete
  4. love it soo much. nice sharing :) byk ilmu disebalik entry ni~ salam perkenalan~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan juga, thankyou sudi membaca :)

      Delete
  5. deep best gempak setuju XD *thumbs up !!! visiting ..
    (http://anies-msletoes.blogspot.com/2015/01/last-payperr-sabarr.html)

    ReplyDelete
  6. nauzubillah.. minta2 jauhkan lah dengan lelaki yg macam tu.. kuatkan lah iman ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah selagi iman masih tebal dalam diri, kita akan terhindar dari sebarang maksiat ;)

      Delete
  7. perempuan sebrutal mana pun,tetap ada sifat kasih dan penyayang..lagaknya mcm ibu sygkan anak kandung.
    terlalu sayang sangat jangan biarkan tangan dia senang2 menyentuh kita lg2 kalau kita baru kenal manusia itu..jangan bagi peluang langsung..berpada2..klau dah kenal lama pun,jgan la bagi peluang pd pasangan ambil kesempatan,bertegaslah ,jangan sbb nak jaga hati org lian kita terus lupakan halal dan haram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul!! Jangan bagi selagi belum halal. Kita taktahu niat lelaki tu kan. Berdoalah supaya kita sentiasa dilindungi oleh Allah daripada melakukan perkara haram :)

      Delete
  8. Ya Allah. minta jauh semua tu. selalu ingat umi abah. doa perlindungan kan.

    ReplyDelete
  9. betul sangat. Ira sokong.. kadang2 kita ni lalai dengan cinta.. sedangkan apa yang kita buat tu mungkin boleh menjatuhkan maruah kita sebagai seorang muslimah..

    ReplyDelete
  10. jangan lah bodoh sangat nak bagi semua tu kaum perempuan. ada otak, fikir mana baik buruknya hm

    ReplyDelete
  11. kalau bg jugaktu, sama ada dia "bodoh" atau termakan hasutan syaitan. anyway, perempuan ni akal nipis, bak kata lagu dehearty tu, senipis bilahan rambut..maka tebalkanlah ia dgn limpahan ilmu :D hehe

    ReplyDelete
  12. ramai sangat ambil mudah tentang ini..jangan ambil mudah

    ReplyDelete
  13. nice entry. kan.. daripada yg bertudung elok kat luar.. bila pakwe mintak gambar free hair.. terus bagi.. ishh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita dijauhkan daripada melakukan semua tu, Amin :')

      Delete
  14. true. jangan mudah bagi segala-galanya. kerna sejahat2 lelaki, dia ttp x nak pompuan yg murah :)

    ReplyDelete
  15. Shake hand dgn tok kadi tu make sure sampai saksi cakap sah. Haha :P

    ReplyDelete
  16. deep sangat . I tersentuh :'(
    thanks for this entry .

    ReplyDelete
  17. uols girl kna lh hati²..dlm zaman yg serba canggih ni jgn bagi gambar yg tak senonoh kt bfren u..takut nnt bila dh clash dia uoload pic tu kat internet..malu woo...semua org leh tgk..tak pcaya bleh search kat google..

    ReplyDelete
  18. uols girl kna lh hati²..dlm zaman yg serba canggih ni jgn bagi gambar yg tak senonoh kt bfren u..takut nnt bila dh clash dia uoload pic tu kat internet..malu woo...semua org leh tgk..tak pcaya bleh search kat google..

    ReplyDelete