Saturday, 3 January 2015

Tahun Baru Azam Baru?

Assalamualaikum
Welcome 2015!❤


Masih tak terlambat lagi kan aku nak ucap Selamat Tahun Baru? Baiklah.
Selamat Tahun Baru rakan rakan, kesayangan serta para blogger yang comel kiut miut sekalian.
Oh lupa, Salam Maulidur Rasul juga! :)

"Kak, apa azam kau tahun ni?" soal mak sambil pandang aku dengan muka yang serious ecewah.
"Tak ada. Azam tahun lepas pun tak tercapai lagi"
"Then buat lah azam baru. Pastikan azam tu tercapai" Suara mak makin serious.......
"Okay, orang berazam nak ada azam. Dah tercapai azam akak"

Gitulah sketsa mak dan anak di malam tahun baru.
Rasanya "azam baru" merupakan perkataan yang sering disebut sebut apabila naik tahun baru. Tak kesah lah azam kau yang lepas tercapai ke tak, yang penting mesti nak ada azam baru.

"Aku berazam nak belajar rajin rajin, solat tak tinggal, jadi kebanggaan ibu bapa, jadi pelajar cemerlang, dapat A dalam semua subject, nak kumpul duit seluas lautan hindi, taknak terpengaruh dengan twitter, facebook, instagram, wechat, whatsapp lagi,................................." 

Haa itu antara azam azam tahun baru yang orang buat. Dia punya semangat, mak aihhh siap buat sticky notes tampal kat dinding, tapi dua tiga bulan kemudian, azam ke Johor, sticky notes ke Penang, dan kau? Masih tersangkut di Kuala Lumpur.

Kesimpulannya, pastikan azam yang korang buat tu tercapai. Bukan sekadar omongan kosong, bak kata pepatah hangat hangat tahi ayam.

Eh belum habis lagi.

Sebab kali terakhir aku buat azam masa form 2, dan sekarang ni dah form 5 (ye masih tak percaya diri ini semakin tua dimakan usia) aku bercadang nak ada azam tahun 2k15 ni.

Dan azam aku.

  • Mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2015, InsyaAllah
Azam banyak banyak pun bukannya tercapai, aku kenal sangat diri aku. Aku ni kategori hangat hangat tahi ayam, tapi disebabkan SPM penentu masa depan aku, aku akan berusaha sebaik mungkin.
InsyaAllah! 

A lot can happen in a year, pelik macam mana dulu aku boleh rapat dengan someone, hari hari share apa yang kitaorang buat but then now kitaorang macam tak pernah kenal. It's really terrible that someone who meant so much to me last year, can be just a stranger now. Well that's life.

Fi Hifzillah.

6 comments:

  1. Terbaiklah azam awak :)
    Jenguklah entry terbaru blog saya :3
    capital-aq.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. saya takda azam. just follow the flow of year 2015. hahaha XD

    Gudluck utk SPM :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankyou!! Semoga tahun 2015 awak berjalan dengan lancar~

      Delete
  3. kita jenis manusia yg ada azam,tapi hangat2 tahi ayam ja far..memang hampeh..huhu.selamat menunaikan azam itu..! mungkin ambil masa sikit tp tak apa janji usaha.. ! :)

    ReplyDelete
  4. semoga azam awak tu tercapai ok.. good luck ^^

    ReplyDelete