Karnival Jom Masuk U - UTHM, Batu Pahat

Assalamualaikum

Siapa pernah pergi Karnival Jom Masuk U yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia? Alhamdulillah harini aku berpeluang pergi karnival ni bersama kawan kawan sekolah. Banyak manfaat pergi sini especially bagi lepasan SPM yang masih keliru dengan hala tuju engkorang lepas SPM.

Dekat karnival ni, ada banyak booth universiti / kolej swasta, and mostly aku tengok course yang ada more to multimedia, perguruan dan perakaunan. Mungkin ada yang lain, tapi HMPH penuh sangat, sesak! Sampai nak teliti satu satu pun tak sempat.

Aku cuma pergi booth Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan UiTM sahaja, sebab aku cuma survey dua universiti ni je dari dulu mengikut cita cita aku iaitu menjadi ahli farmasi.

Kalau mengikut perancangan aku, aku nak masuk sama ada

1. Asasi Farmasi - yang hanya ditawarkan oleh UIA
2. Asasi Sains Hayat - aku survey dan aku pilih UiTM
3. Matrikulasi - jurusan Sains

Lepas habis asasi /matrik, boleh terus sambung Sarjana Muda Farmasi. InsyaAllah itu lah perancangan (angan angan) aku setakat ni.

Tapi still taktahu lah kan, mungkin ada yang lebih berpengalaman nak share kisah perjalanan engkorang masuk universiti ni?


Nampak tu beg oren beg hitam? haaaa beg tu free tau! Aku dapat 4 lagi. Itu kalau pergi semua booth tu, hambekkk kau boleh penuh tangan kuikui

Baiklah, siapa yang ada plan nak pergi karnival ni, aku sertakan jadual lokasi seterusnya.


Fi Hifzillah. Jangan lupa share pengalaman kamu semua muah.

Ke peringkat negeri dan tips tips.

Assalamualaikum

Salam tengahari, salam jumaat dan salam cuti sekolah ehehe selalunya cuti cuti macam ni baru ada masa nak berehat, bersantai, makan pun dalam keadaan tenang (kalau tak selalu makan terkejar kejar)

2 minggu lepas, aku dengan geng forum  bersusah payah cari masa practice untuk pertandingan memandangkan jadual kami yang pack sebab nak study exam. Bila dah practice pun, ada yang sangkut sangkut, terlupa lah, tetibe phone berbunyi lah dan bila masing masing dah menyampah, kami berwefie menggunakan camera 360 (kekonon nak flawless hiks)

3 hari sebelum pertandingan.....

Seboleh boleh nak practice depan pelamin.


 
Ahli forum remaja 2015. Pagi sebelum pertandingan. Muka tenang tapi masing masing berdebar.

Disebabkan sekolah yang kami pergi tu tersangat lah dekat, lebih kurang 15 minit so perjalanan taklah membosankan. 

Dan antara tips yang diberikan oleh cikgu kami ialah, sebelum pertandingan mesti makan pisang dan minum caffeine. Benda ni akan buat korang hilang nervous dan akan tenang je. Secara jujurnya, aku tak boleh minum minuman bercaffeine. Nanti aku akan demam, kembung perut dan muntah muntah. Paling teruk, setiap kali minum caffeine aku akan mengantuk dan tertidur terus. ish ish.


Kami antara peserta yang datang awal, so sementara tunggu peserta sekolah jauh sampai, kami makan pisang, pergi tandas, ambil gambar, bergossip, makan pisang lagi, pergi tandas lagi dan berulang. 

Bila cikgu pengiring diminta untuk cabut undi, tada! Giliran pertama. Alhamdulillah, rasa senang sikit kalau giliran first ni. At least orang akan tumpukan perhatian.

Pengerusi majlis memulakan bicara.

Tajuk forum kami ialah Baik Buruknya Internet Dalam Kalangan Pelajar. So far, the competition went very well. Kami tak tengok teks, tak tergagap cuma masih kurang dalam forum spontan. Need more practice on that.

Tuan blog 4eva kiut

Alhamdulillah, walaupun practice cuma seminggu tapi berbekalkan pengalaman tahun lepas, kitaorang berjaya mendapat tempat pertama seterusnya melayakkan kitaorang pergi ke peringkat Negeri. Doakan kitaorang berjaya di peringkat seterusnya pada 25/3 ni tau! 

 Muka bangga naik pentas. 

Cikgu, we did it! Alhamdulillah!

Baiklah antara tips dan pengalaman kami ialah:
  1. . Makan pisang dan minum caffeine sebelum pertandingan.
      -Bagi menghilangkan nervous dan gemuruh.
  2. Practice seminggu lebih awal. Tak practice bersama pun tak apa, tapi mesti hafal teks tu betul betul. Practice bersama tu cuma untuk berlatih gaya dan ekspresi muka.
  3. Pastikan semasa pertandingan tu, jangan tengok teks. Bila kita tengok sekali, serious kita akan lupa benda yang kita dah hafal.
  4. Pastikan percakapan jelas, perlahan dan baku. Pastikan penonton faham isi yang kita nak sampaikan.
  5. Banyakkan bacaan sebab lepas habis forum, akan ada satu lagi which is forum spontan. Hakim akan bagi soalan, kita kena jawab macam berforum tadi
Baiklah, rasanya setakat tu je cerita yang dapat dikongsikan. Macam biasa, blog semakin ha ha hambarrrr kerana tuan blog yang busy mengalahkan perdana menteri.

Fi Hifzillah.

Big Hero 6 was awesome!

Assalamualaikum

First, Alhamdulillah sebab ujian selaras 1 dah habis. Lega teramat lega, lepas ni tinggal focus Pertandingan Forum Remaja je.

Sec, sebab ujian dah habis boleh lah kita berjimba bertepuk tangan meraikan kejayaan kita selama seminggu bertukus lumus study hokayyy

Mungkin agak terlambat untuk aku bercerita mengenai movie ni, tapi apakan daya sebab aku memang selalu ketinggalan bab tengok latest movie ni. Mempersilakan....


I really love this movie! Watak watak dia yang sangat comel, jalan cerita yang menarik, of course berkaitan dengan technology masa kini, penciptaan robot dan alatan yang canggih dan  apa yang membuatkan movie ni menarik ialah watak Baymax yang ya Allah cutenya!!!

Untitled
Who needs a boyfriend when Baymax can gives you a warm and sweet hug?

Untitled

Baymax ni kira macam nurse yang Tadashi (abang watak utama) cipta. Nurse robot, awak ada?

Yes, ada part yang menyentuh hati aku bila tengok movie ni which is Baymax sanggup berkorban nyawa dia demi Hiro (watak utama) jeng jeng apa yang dah jadi dengan Hiro? 

Kepada sesiapa yang dah tengok movie ni, tahniahhhh sebab dapat tengok awal awal lagi. Siapa yang belum tu, cepat cepat lah tengok! Tak rugi pun, hilang stress tau.

Baiklah, setakat sini saja. Blog kian ha ha hambarrr kerana tuan tanah yang tak habis habis busy kalah perdana menteri

Fi Hifzillah.