Friday, 20 March 2015

Kahwin muda?! Yayy or No?

Assalamualaikum

Alkisah semalam....

"Kak, semalam ada orang masuk minang. Mak terima"
"APA?! Siapa mak?"

Jeng jeng. Kahwin awal? Ada yang berpendapat kahwin awal ni bagus, ada juga yang kata kahwin lah lambat. Habiskan belajar dulu, cari kerja, beli kereta dan sebagainya. Bila dah betul betul sedia, barulah kahwin.

Memandangkan perkara ni terjadi dekat aku, bolehlah sikit sebanyak aku kongsi em kebaikan dan keburukan kahwin awal ni? Ehehehe 

Kebaikan

1. Mari tambah pahala!

*peluk suami* DAPAT PAHALA
*cium isteri* DAPAT PAHALA
*main kenyit kenyit mata* DAPAT PAHALA
*isteri masak untuk suami* DAPAT PAHALA
*suami bernafsu tengok isteri* Aipp aipp naughty eh! yang ni pun DAPAT PAHALA!

Tengok lah berapa banyak pahala kita dapat selagi kita buat perkara perkara baik bersama suami. Kahwin muda, lebih banyak pahala kita dapat macam itu. Mudahnya dapat pahala :)

2. Mengelakkan daripada zina

"Sayang, hati hati melintas jalan tu. Mehh pimpin tangan abang."
"Sayang, rambut terkeluar sikit, mehh abang masukkan balik"
"Sayang baby bucuk masham ilebiu"

Dah kahwin ni, nak pegang tangan semua dah halal. So bagi yang taktahan sangat nafsu tu, yang sampai boleh berlaku maksiat / zina, segera lah berkahwin. Bila zina dapat dielakkan, anak luar nikah pun dapat dikurangkan. Haa gitu.

3. Pemangkin untuk berjaya

Siapa kata pelajaran makin merosot bila kahwin muda ni? Nehi nehi, orang kata pasangan kita tu akan jadi semangat untuk kita maju ke hadapan.

"Malam ni sayang tak nak tidur"
"Kenapa?"
"Esok exam, sayang kena study"
"Alololo cian wife abang ni. Abang teman sayang ye malam ni. Belajar rajin rajin, nanti abang belanja hadiah"
"Betul ni?! Sayang nak jubah, nak shawl, sayang nak handbag gucci yang latest tu bang, pastu iphone 6 pastu......."

Amboi, demand gila tu. Tapi apa salahnya, minta dekat suami juga kan? hihi *sambil tersengih*

4. Peneman setia di kala bahagia dan lara 

"Abang, kenapa muka berkerut je ni?'
"Abang stress kat tempat kerja"
"Mehh sayang urut bahu abang, mesti abang penat kan. Sayang dah masak lauk fav abang"

See, bila stress ada orang urut. Ada pasangan yang setia menemani kita. Yang boleh hilangkan kekusutan di jiwa cewah

Last but no least hikhik

5. Rezeki bertambah

Orang kata, bila nak kahwin ni rezeki akan bertambah. Mungkin bukan rezeki kewangan tapi dikurniakan rezeki dari segi anak? Anak... eheheh. Lagipun Allah berfirman

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang- orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

Keburukan?

Sebenarnya tak ada keburukan kalau kita berkahwin muda ni, kahwin sorok sorok kahwin lari semua tak salah. Bukan ke perkahwinan tu tuntutan agama?

Cuma kita sedia maklum, ramai orang orang muda ni darah masih panas. Nak ikut cakap sendiri, nak kebebasan, so kalau rasa belum bersedia nak berkahwin tu, jangan lah gataiiiii sangat noh hang nak pi kahwin.

Belajar sampai habis dulu, cari kerja, persiapkan diri dari segi jasmani, rohani dan emosi. Bila hang rasa dah cukup matang nak tempuh alam perkahwinan yang penuh dengan liku liku kehidupan, haaaa apa tunggu lagi? Si lelaki, cepat masuk minang. Takut nanti kena kebas orang pula kihkihkih

Apa apa pun, dalam perkahwinan ni ada pasang surut. Kalau kita bersedia untuk menempuh cabaran bersama sama pasangan, pandai bertolak ansur, fahami pasangan masing masing, InsyaAllah perkahwinan kita akan kekal sampai Jannah. Apa orang muda muda kata tu, lovetilljannah kononnya. Haa gitu puih. 

Okay berbalik kepada sketsa mak dengan aku semalam.

Jeng jeng, rupanya mimpi saja. Pelik juga tetibe mak terima pinangan orang, sebab mak tak kasi aku kahwin awal. Katanya, aku belum bersedia nak jadi seorang isteri ehehe takpe mak, orang faham.

Akhir kalam,
Orang Putih Orang Pakistan
Terima Kasih Syukran Jazilan 

Cewah, sejak berforum ni kata kata aku macam high class sikit sampai sibuk nak bagi tips kahwin kononnya kuikui. 

9 comments:

  1. depends pada pasangan...
    nak cakap lebih2 saya pun tak kawin lagi...
    tapi kawan saya kawin muda... awal 20-an....22/23 kot...
    dia baru nak graduate and suami dia tengah nak habiskan master....
    sekarang dah ada anak seorang.... hidup macam bahagia...
    n btw... suami dia pinang dia lepas berapa kali je jumpa (less than 5 times)

    ReplyDelete
  2. Macam syok kan kahwin muda hahaha tapi mak saya tak bagi kahwin muda sebab saya pemalaih gila haha.

    Dan tetiba saya segan cakap pasai kahwin muda ni haih.

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan. Jemput singgah ke blog saya :D

    ReplyDelete
  4. kawin muda bnyk kebaikan kn? cuma tu lah. sebelum brkahwin dalam usia muda.. kena brsedia dr pelbagai sudut. sebab kahwin muda ada bnyk cabaran..

    ReplyDelete
  5. Tak ada keburukan kawin muda ni kecuali korang belum bersedia dan pemalas nak pikul tanggungjawab. Kalau korang berperangai macam ni, kawin muda akan mendatangkan keburukan je kepada korang. :)

    ReplyDelete
  6. ada banyak kebaikan kalau kahwin awal... ehehehe. tapi terpulanglah pada individu nak cepatkan atau lambatkan sebab mesti ada reason tertentu kalau tak nak kahwin awal.. tambah lagi kahwin awal banyak dugaannya. darah muda orang kata :D

    ReplyDelete
  7. ikut kesesuaian la :) hehe. ada yg cpt matang dlm hubungan

    ReplyDelete
  8. pd saya, capai cita cita dulu baru kawen so kalau apa apa jd, boleh stand in our own two feet, isn't it? tp kalau dh jodoh awal pun ok (ok cam lawak budak skola komen hahahahahha)

    ReplyDelete