Sunday, 22 March 2015

Karnival Jom Masuk U - UTHM, Batu Pahat

Assalamualaikum

Siapa pernah pergi Karnival Jom Masuk U yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia? Alhamdulillah harini aku berpeluang pergi karnival ni bersama kawan kawan sekolah. Banyak manfaat pergi sini especially bagi lepasan SPM yang masih keliru dengan hala tuju engkorang lepas SPM.

Dekat karnival ni, ada banyak booth universiti / kolej swasta, and mostly aku tengok course yang ada more to multimedia, perguruan dan perakaunan. Mungkin ada yang lain, tapi HMPH penuh sangat, sesak! Sampai nak teliti satu satu pun tak sempat.

Aku cuma pergi booth Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan UiTM sahaja, sebab aku cuma survey dua universiti ni je dari dulu mengikut cita cita aku iaitu menjadi ahli farmasi.

Kalau mengikut perancangan aku, aku nak masuk sama ada

1. Asasi Farmasi - yang hanya ditawarkan oleh UIA
2. Asasi Sains Hayat - aku survey dan aku pilih UiTM
3. Matrikulasi - jurusan Sains

Lepas habis asasi /matrik, boleh terus sambung Sarjana Muda Farmasi. InsyaAllah itu lah perancangan (angan angan) aku setakat ni.

Tapi still taktahu lah kan, mungkin ada yang lebih berpengalaman nak share kisah perjalanan engkorang masuk universiti ni?


Nampak tu beg oren beg hitam? haaaa beg tu free tau! Aku dapat 4 lagi. Itu kalau pergi semua booth tu, hambekkk kau boleh penuh tangan kuikui

Baiklah, siapa yang ada plan nak pergi karnival ni, aku sertakan jadual lokasi seterusnya.


Fi Hifzillah. Jangan lupa share pengalaman kamu semua muah.

3 comments:

  1. sekolah kita org tak pegi tapi dapat beg pun jadilah hahaha..sebagai peransang masa hadapan :)

    ReplyDelete
  2. laa, tak habaq awal2. boleh kita jumpa. huhu

    ReplyDelete