Monday, 25 May 2015

LDK; Kereta Api Tersangkut?

Assalamualaikum,

Sebab stress jawab paper add math tadi, aku belek belek lah gambar lama dalam laptop ni sekaligus buang gambar yang rasa semak je buat laptop berat. Sekali terjumpa gambar masa camp pengawas. Ahhhhh rindunyaaaa!! 

Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Aku nak cerita pasal satu game/latihan dalam kumpulan (LDK) yang aku nak kongsi dengan blogger2 dan pembaca cewah. Nama game ni Kereta Api Tersangkut lol jujur aku taktahu apa nama game ni. Aku main hentam je tu.

Apa yang anda perlukan?

Pita pelekat dan kawasan yang luas. Itu je

Oh dan pemain


Cara permainan?

Anda perlu melangkah bersama ahli kumpulan yang kaki telah diikat. Langkah sehingga ke garisan penamat. (Rujuk gambar 1 kotak besar) 

Masa? Kitaorang tak guna masa, apa yang penting kerjasama pasukan.


Kena denda kalau kaki keluar daripada kotak

Seronok sebenarnya, rindu nak handle camp lagi. Sem 2 dah busy dengan SPM so cikgu suruh stop join apa apa aktiviti, well wish me luck

Model - Hartini, Daliyana & Syakira

Fi Hifzillah


Monday, 18 May 2015

Sambutan Hari Guru STAR

Assalamualaikum

Setelah sekian lama tak update blog, finally ada juga topic nak tulis. Cerita hari ni pasal Sambutan Hari Guru peringkat sekolah, event ni diuruskan 100% oleh para pengawas especially AMT which is Form 5 aka saya dan rakan rakan kuikui.

Embedded image permalink

Tema yang cikgu cikgu tahun ni decide adalah retro yo. Retro 60an ke 70 an aku tak pasti, last last kami combine kan dua dua.

Sambutan ni kami dah plan sebulan awal, start from paperbag to button badge to red carpet, acara pagi, sukaneka dan last sekali acara dalam dewan. It was quite hard act nak handle sesuatu event dan semua agak risau. Bukan sebab plan tak jadi, tapi takut aku mengamuk (bcs they know their PKP jenis cepat panik pastu kerja nak mengamuk je huhu)

Fortunately, Alhamdulillah sambutan kali ni meriah dan dipuji oleh guru guru pengawas yayyy *clap hands* Thanks kat Endon (bukan nama sebenar) yang selalu cakap

"Kau buat kerja jangan panik, jangan emo takpayah nak beracah. Nanti semua tak jadi" hehe thanks endon.

Kami bahagikan event kami kepada 3 acara. First, acara kat dataran. Second, acara sukaneka and lastly acara dalam dewan.

Acara kat dataran terdiri daripada ucapan pengetua, ikrar guru, lagu guru, pertukaran hadiah antara guru dan acara potong kek. Tahun ni kami buat parody Malam Pesta Muda Mudi sebelum acara potong kek. Paling gempak bila tengah bawa kotak cake tu, tiba tiba pengawas tersandung dan kotak pun jatuh.

Semua terkejut. Cikgu terdiam. Para penari terkaku. Dan aku? Tersenyum. Yes plan berjalan dengan lancar.
Itulah gimik kami tahun ni, bawa kotak cake. Konon kononnya jatuh, tapi rupanya aku lah penyelamat yang bawa cake sebenar.

Abam hero kita

Alaaa alaa artis engko lalu red carpet.

Pelakon para pengawas

Wakil pengawas, mana KP ntah.

Tari menari, sebelum cake jatuh hoho semua tertipu!!

Penyelamat cewah nak nama juga tuh! Time ni jetjet artis lalu red carpet, sambil ditemani KP

Selamat Hari Guru, cikgu cikgu STAR

Acara Sukaneka

Walaupun tengah panas, cikgu cikgu masih seronok bersukaneka

Baling belon dan tangkap guna kain pelikat

Bowling kelapa

Endon? Ye endon.


Kupas kulit epal tanpa putus



And lastly, acara penting setiap tahun. Kerusi muzik

Acara dewan

Tahun ni kami buat ala ala Anugerah Bintang Popular Berita Harian, siap ada pengacara majlis yang sungguh mantop! Persembahan yang sungguh mencuit hati. Tahniah kepada pelajar STAR yang terlibat menjayakan majlis tahun ini


Orang kuat majlis sambutan Hari Guru. Sayang ko KP. Semoga friendship kita kekal, but i still hate u

49 orang pengawas yang terlibat dalam program ini. Tahniah!!


Embedded image permalink

Tempahan button     ; https://www.facebook.com/pages/Kufiku

Fi Hifzillah