Thursday, 11 June 2015

Ubat hilang stress

Assalamualaikum

"Cuba lah senyum sikit, ni tidak muka masam je. Awak ni asyik stress je. Stress pasal apa pun saya taktahu lah" - boss

Well said, aku ni jenis bila ada masalah memang muka masam je. Lagi masam daripada mangga muda pergh tapi bila happy haa ambik, senyum memanjang.

Aku yakin kita semua pernah alami stress, tak banyak pun mesti sikit. Kan? Tak adventure lah life bro kalau tak stress ni. Stress ni macam cabaran dalam kehidupan, macam mana kita handle daily life kita dan setiap orang mengalami tahap stress yang berbeza beza.

Kalau macam aku, yes.

Aku jenis manusia yang overthinking, kalau ada masalah tu haaa sampai terbawa bawa dalam mimpi. Bukan setakat ada masalah je, jawab paper exam pun boleh stress, tengok perempuan flawless kat insta pun boleh stress. "Kenapa aku tak seflawless engkorang kenapa kenapa?!?!? Jelesnya T_T"

Dan sebab tu juga lah jerawat mudah serang aku. Adeh stress juga ni bila jerawat muncul bertubi tubi -_-'

Tapi semakin aku besar, semakin aku tahu macam mana nak handle stress.


Pertama, makan.
Benda paling aku suka buat bila stress tapi sebenarnya kalau aku tak stress pun aku kuat makan *tengok pipi yang semakin tembam* miahaha but that's normal for me especially minggu exam. Mulut tu asyik menguyah je, lepas roti biskut pastu kismis pastu keropok lekor ya Allah.....

Tidur. Biasanya ni kalau otak serabut dah tak boleh fikir apa apa, aku masuk bilik, buka kipas dan tidur. Dapat 2 3 jam pun dah rasa heaven oh my heaven sangat! Bila bangun tidur tu aku macam amnesia, terus lupa masalah aku. At least rasa lega walaupun masalah tu masih bertimbun. Tapi kalau dah tahap terlalu fikirkan masalah, paksa lah macam mana pun aku tetap tak boleh tidur and end up tengok cerita korea.

Wakaka tengok cerita korea adalah hobi. Lepas habis satu, satu lagi. Bila free je, ambil laptop pastu pulun ah drama korea tu sampai bengkak bengkak mata, sampai pening sebab tak makan tak minum ish ish.

Shopping! Siapa tak suka shopping babe. Lagi2 perempuan. Mak kata shopping ni masa untuk kita manjakan diri tau amboiii kemain.

Bercuti. Aku suka pantai, sebab bila tengok pantai aku rasa tenang. Bila dengar bunyi ombak, rasa damai. Rasa macam segala masalah dibawa oleh ombak kahkahkah sungguh puitis!

Menangis. Em

Tak ada ubat yang terbaik selain meluahkan segalanya kepada yang Satu iaitu tuhan kita. Setakat ni, ini je cara yang paling berkesan.

Apa yang penting, kita kena pandai kawal tahap stress tu supaya tak makan diri sendiri. Stress yang teruk boleh menyebabkan tekanann darah tinggi yang seterusnya boleh membawa kematian. (berguna juga rupanya aku belajar bio)

Ingatlah orang tersayang muahaha

Fi Hifzillah.

Wednesday, 10 June 2015

GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015, EFG buat julung kalinya akan menambah 'havoc' suasana raya anda dengan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100.

Istimewanya, GIVEAWAY EFG MEGA RAYA ini turut menyediakan hadiah lumayan buat pemenang SEO yang berjaya menempatkan halaman web peserta di kedudukan teratas dalam senarai engine carian Google Malaysia (Google.com.my) menggunakan kata carian "Giveaway EFG Mega Raya".

Melalui giveaway ini, para peserta berpeluang untuk saling kenal-mengenali, seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama blogger dalam meraikan hari raya pada tahun ini.

giveaway efg mega raya 2015

{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :

SEO

RM300 x 1 pemenang
RM200 x 1 pemenang

RM100 x 1 pemenang

RM100 Cash x 25 pemenang

Mula : 10 Jun 2015 | Tamat :9 Julai 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

2. Follow blog sponsor

4. Follow Instagram

5. Add facebook
6. Follow G+
7. Like facebook page
Helenz Signature Official
K.Rogers Butter Cookies by Zida dan Arif
Exchangefeedgroup
irrayyan.com Official FB
Arzmoha
Nik Ainaa
Amy Si Gadis Weird
Rahim Aim Channel

AIN Dramatic Uniq Blog

ShamieraOsment.com
CikGu NoraZimah
YanieYusuf
syirasophie.blogspot.com
Chenta Hati Saya
Diari Jejaka Hangat
Kumahuitu.blogspot.com
Official Pages "Qaseh Ku"
Shahira's blog
Akif Imtiyaz Official Blog
Isolabellaz
Eny Abdullah Cooking & Photography
PowergolD.BiZ
Papaglamz
MMD One Stop Centre
P.C.L
Blog BingkisanHati
Cikk mimin mera
Shaklee House Pantai TIMUR
Zulls Grill N Spices
Nota Purba
Nukilan Reena
Mia Zain
Kanvaskehidupanku
Mommy Yoorin
Sayidahnapisahdotcom
safuraonlinediary
Anajingga
Bicara Mummy
Aku Penghibur [dot] com
SIpanjangkata Likers



GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

di sponsor oleh

Madeena Skincare by Helenz Signature Sponsor Giveaway EFG Exchange Feed Group Mega Raya 2015
Madeena Skincare by Helenz Signature
dan




EFG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK

Tuesday, 9 June 2015

Segmen Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN

Segmen Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Segmen Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN

Pencarian bloglist bagi bulan Julai-Ogos 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 1 Jun 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 Jun 2015, iaitu tepat jam 11.58 malam. Semua dijemput untuk sertai segmen mudah ini. 

Syarat-syaratnya : 

1. Follow blog CNAdd To Circle G+CikguNorazimah dan Follow Instagram cikgunorazimah (jika ada)  

2. Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN"  

3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.  

4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.

Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :





Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Mei-Jun dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Julai 2015.


SENARAI PESERTA


Kredit untuk Kak Mialiana

Baju Muslimah

Sunday, 7 June 2015

Things that you should not say! Nehi!

Assalamualaikum

Rasa macam dah lama tak update blog kuikui, so harini nak update satu info yang mungkin ye mungkin berguna untuk masa hadapan yang lebih cerah hehe

Ada  3 perkara yang korang semua tak boleh sentuh/cakap dengan family members, pasangan korang mahupun kawan baik apatah lagi kawan biasa.

Mungkin ada yang akan marah lepas korang tegur perkara perkara tersebut, dan mungkin juga akan ada yang diam. Tapi ingat! Diam tak bermakna mereka tak kesah, kadang kadang diam sebab mereka terasa. Diam diam ubi berisi engko, kang tak pasal pasal dia campak pasu bunga kat kau kang!

Alright, cukup membebel. Ajum kita tengok apa perkara sensitif yang tak boleh ditegur secara direct!

1. Tembam / Gemok / Berat / Buncit

"Eh weh! Asal kau makin gemok?"
"Anak kau dah berapa? Lipatan lemak banyak sangat ni?"
"Lah kau ke ni? Aku ingat manusia mana ah yang macam tong drum"
"Kau ternak lemak ke?"

Me, when I start a diet.

Woooo jangan! Jangan sebut pasal berat / tembam / gemok depan kawan korang especially perempuan. Yeah, perempuan sangat sensitive bila dengar ayat ayat sebegitu lagi lagi kalau kekasih yang tegur.

Kalau jenis aku orang tegur macam ni, aku jawab "Oh yeke?" muka lek je. Balik rumah terus tengok cermin pastu tanya semua orang. Pastu mula lah operasi diet, kekonon.

2. Jerawat

Ni lagi satu hal sensitive. Kau tahu? Kami taknak ada jerawat pun berhijrah ke muka kami. Kami pun inginkan muka yang flawless suci putih murni melepak. Tapi manusia ni lain lain, berbeza. Hormon dalam badan pun berbeza. Dah lah tegur direct, pedas ambuihhhh!

"Hang ni awat tak reti jaga kecantikan? Jerawat sana sini"
"Weh besarnya jerawat kau. Hahahahahaha" (okay ni paling kejam siap gelakkan lagi)

3. Kutuk pasangan orang lain 

"Ewww asal kau pilih dia? Kau rabun ke apa?"
"Weh dia tu tak layak ah dengan kau. Break je lah"

Haha no! Mungkin itu memang dah jodoh mereka. Siapa lah kita asyik nak judge hidup manusia lain walhal diri kita masih tidak sempurna?

4. Kisah lama mereka

Aku yakin semua orang ada masa silam yang meninggalkan luka yang sangat mendalam. Dan setiap orang cuba melupakan kisah tu dari memori mereka. Jadi sangat digalakkan supaya kita tak ungkit kisah silam mereka. Kita tak tahu betapa perit (agaknya) untuk mereka melupakan kisah lama. 

"Aku jumpa bekas tunang kau haritu, makin handsome. Happy je aku tengok dengan wife dia"
*mula lah si perempuan sedih terluka kembali menangis air mata bila kawan dia ungkit kisah lama*

5. Bau badan

Aku rasa ni antara perkara sensitive yang tak patut dibangkitkan. Like i said before, manusia berbeza. Hormon berbeza. Bau badan of course berbeza.
Kalau bau badan kawan hang busuk, apa yang kita mampu hanyalah menghadiahkan dia perfume berjenama ataupun deodorant. Banyak jual kat pharmacy, jenama garnier, nivea, rexona, dove em apa lagi hehe

6. Makanan

Ok yang ni jangan cakap depan aku. Jangan cerita kau makan apa melainkan kau bawa makanan yang kau makan tu untuk aku kehkehkeh. Sangat lah tidak patut bila kau syok cerita pasal makanan sedap sedap depan aku sampai buat aku terliuqqq

"Haritu aku makan burger bakar perghh sedap weh! Meleleh cheese dia" kuajaqqqq ni -.-

Rasanya setakat tu saje, sebenarnya banyak lagi yang bermain di minda tapi aku kongsi setakat ni saje. 

Ingat!

Nak tegur orang, ada cara. Bukan main redah je, guna cara halus lagi elok. Jangan tegur secara public, kalau macam ni kita mungkin dah malukan dia.

Fi Hifzillah

Wednesday, 3 June 2015

FIRST GIVEAWAY by MRS. PANDA

Assalamualaikum

Sekian lama tak join GA, harini plan nak join lah huhu
Syarat pun simple je, so apa tunggu lagi? Jom ramai ramai join


Fi Hifzillah