Sunday, 7 June 2015

Things that you should not say! Nehi!

Assalamualaikum

Rasa macam dah lama tak update blog kuikui, so harini nak update satu info yang mungkin ye mungkin berguna untuk masa hadapan yang lebih cerah hehe

Ada  3 perkara yang korang semua tak boleh sentuh/cakap dengan family members, pasangan korang mahupun kawan baik apatah lagi kawan biasa.

Mungkin ada yang akan marah lepas korang tegur perkara perkara tersebut, dan mungkin juga akan ada yang diam. Tapi ingat! Diam tak bermakna mereka tak kesah, kadang kadang diam sebab mereka terasa. Diam diam ubi berisi engko, kang tak pasal pasal dia campak pasu bunga kat kau kang!

Alright, cukup membebel. Ajum kita tengok apa perkara sensitif yang tak boleh ditegur secara direct!

1. Tembam / Gemok / Berat / Buncit

"Eh weh! Asal kau makin gemok?"
"Anak kau dah berapa? Lipatan lemak banyak sangat ni?"
"Lah kau ke ni? Aku ingat manusia mana ah yang macam tong drum"
"Kau ternak lemak ke?"

Me, when I start a diet.

Woooo jangan! Jangan sebut pasal berat / tembam / gemok depan kawan korang especially perempuan. Yeah, perempuan sangat sensitive bila dengar ayat ayat sebegitu lagi lagi kalau kekasih yang tegur.

Kalau jenis aku orang tegur macam ni, aku jawab "Oh yeke?" muka lek je. Balik rumah terus tengok cermin pastu tanya semua orang. Pastu mula lah operasi diet, kekonon.

2. Jerawat

Ni lagi satu hal sensitive. Kau tahu? Kami taknak ada jerawat pun berhijrah ke muka kami. Kami pun inginkan muka yang flawless suci putih murni melepak. Tapi manusia ni lain lain, berbeza. Hormon dalam badan pun berbeza. Dah lah tegur direct, pedas ambuihhhh!

"Hang ni awat tak reti jaga kecantikan? Jerawat sana sini"
"Weh besarnya jerawat kau. Hahahahahaha" (okay ni paling kejam siap gelakkan lagi)

3. Kutuk pasangan orang lain 

"Ewww asal kau pilih dia? Kau rabun ke apa?"
"Weh dia tu tak layak ah dengan kau. Break je lah"

Haha no! Mungkin itu memang dah jodoh mereka. Siapa lah kita asyik nak judge hidup manusia lain walhal diri kita masih tidak sempurna?

4. Kisah lama mereka

Aku yakin semua orang ada masa silam yang meninggalkan luka yang sangat mendalam. Dan setiap orang cuba melupakan kisah tu dari memori mereka. Jadi sangat digalakkan supaya kita tak ungkit kisah silam mereka. Kita tak tahu betapa perit (agaknya) untuk mereka melupakan kisah lama. 

"Aku jumpa bekas tunang kau haritu, makin handsome. Happy je aku tengok dengan wife dia"
*mula lah si perempuan sedih terluka kembali menangis air mata bila kawan dia ungkit kisah lama*

5. Bau badan

Aku rasa ni antara perkara sensitive yang tak patut dibangkitkan. Like i said before, manusia berbeza. Hormon berbeza. Bau badan of course berbeza.
Kalau bau badan kawan hang busuk, apa yang kita mampu hanyalah menghadiahkan dia perfume berjenama ataupun deodorant. Banyak jual kat pharmacy, jenama garnier, nivea, rexona, dove em apa lagi hehe

6. Makanan

Ok yang ni jangan cakap depan aku. Jangan cerita kau makan apa melainkan kau bawa makanan yang kau makan tu untuk aku kehkehkeh. Sangat lah tidak patut bila kau syok cerita pasal makanan sedap sedap depan aku sampai buat aku terliuqqq

"Haritu aku makan burger bakar perghh sedap weh! Meleleh cheese dia" kuajaqqqq ni -.-

Rasanya setakat tu saje, sebenarnya banyak lagi yang bermain di minda tapi aku kongsi setakat ni saje. 

Ingat!

Nak tegur orang, ada cara. Bukan main redah je, guna cara halus lagi elok. Jangan tegur secara public, kalau macam ni kita mungkin dah malukan dia.

Fi Hifzillah

11 comments:

  1. Hahahaha. setuju ! tambah2 yang makan tu. pehhhhhh !, menyirap . haha

    ReplyDelete
  2. indeed.. especially part mokmok... "u n chubby mmg xbole dipisah kan.."

    huh! what! huhi seyes xske org slalu ckp cemni... i is sensitip...

    ReplyDelete
  3. ya setuju sangat.. memang perempuan ni sensitifnya lain macam skit..

    done follow #328

    ReplyDelete
  4. hahaha my friends always kata kite ni makin gemuk. fine terima je hakikat tu tapi balik rumah nanti sibuk nak cari tips diet hahahaha

    ReplyDelete
  5. kite pernah pergi kursus pengurusan diri yang nak ajar cara nak tegr orang tapi orang tak sakit hati. ehehehe.

    ReplyDelete
  6. tang bau badan paling sensitif kot....1 time dulu masa sekolah...BFF sendiri ada bau badan..susahnya nak tegur..tggu besday dia belikan perfume ketiak...naseb masa tu die x sentap...hahaha...




    Singgah Blogwalking....:)

    jemput baca entri tentang masalah "wanita"
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/06/hilangkan-keputihan-dengan-alfalfa.html

    ReplyDelete
  7. Hehehe, setuju setuju... Haa, yang pasal bau badan tu pun saya pernah kena. Kawan saya ler. Adohaii, tak tahu macam mana nak tolong dia. Ada terfikir jugak nak bagi deodorant tapi kenapa entah tak jadi. Adoii, bila ingat2 balik rasa nak tergelak! >.<

    ReplyDelete
  8. Bagi saya la kan, hal jerawat tu. Memang saya sendiri pun tak nak ada jerawat (beserta parutnya) hinggap kat muka saya. Well, siapa yang tak nak muka flawless, bebas jerawat ye dak? :D

    ReplyDelete
  9. sy setuju bab makanan tuhh...heheheheheh

    ReplyDelete