Sunday, 5 July 2015

Permohonan Matrikulasi 2016 / Batch 98

Assalamualaikum

"Makkkkk, permohonan matrik dah buka"
"Oh okay" *tengah masak*
"Orang nak mohon tau"
"Kejapnya kau dah besar kan kak..... Tak lama lagi nak tinggalkan mak"

Dan mula lah scene scene anak dan emak meng-throw back kenangan kenangan bersama wakaka

Okay bukan sketsa sedih sedih aku nak cerita harini, just nak bagitahu permohonan matrikulasi untuk tahun 2016 dah buka. Cepat cepat, siapa yang rasa rasa ada keinginan nak masuk matrik, jangan tunggu lama lama! Mohon jangan tak mohon! (kemain, macam lelong baju murah je)

Tekan sini untuk memohon

Laman web tu dah sertakan sekali tarikh permohonan ( 1 Julai 2015 hingga 10 Oktober 2015) serta syarat kelayakan minumum.

Aku pun nak mohon sebenarnya matrik ni. Tak sangka pula tahun depan dah 18, terpaksa berjauhan dengan mak abah sob sobs

Spm dah nak dekat mehhh, trial lagi lah T_T Maaf tak aktif berblogging lepas ni.

Fi Hifzillah

1 comment: