Trip to Gunung Santubong, Sarawak

Hello!

Dulu masa kecil kecil mesti pernah dengar pasal lagenda Puteri Santubong & Puteri Sejinjang penjaga gunung negeri Sarawak. Atau pun belajar kajian tempatan masa sekolah rendah dulu pasal ni. Tak sangka, finally after 19 years breathing dapat juga menjejakkan kaki ke salah satu gunung terkenal ini cewah

Sebenarnya pergi gunung ni 2 minggu lepas tapi baru harini rasa macam rajin nak update blog huha okay aku pergi berenam (classmate + housemates) hari Ahad, sebelum masuk block 2. Kami dari Unimas dan perjalanan dalam 45 mins - 1 jam, lebih kurang la. Kami bertolak awal pagi dan sampai sana dalam jam 9 lebih. Sebelum bertolak jangan lupa breakfast ye!


Nak masuk sini tak dikenakan bayaran cuma korang perlu register la, in case kalau apa apa jadi nanti senang pihak pengurusan rekod berapa ramai yang ada kat dalam hutan tu. Disebabkan ni kali pertama aku hiking en so rasa macam excited lah juga tapi sayangnya kami tak sampai pun puncak. Kitaorang punya plan cuma nak bersuka ria di waterfall je. Nak sampai waterfall pun dah lelah, apatah lagi puncak tinggi itu. Ceh.

Bagi yang pertama kali nak hiking tu kan, antara benda yang korang wajib prepare adalah;
  1. Air mineral (1L at least sebab korang nak daki gunung kot, peluh banyak keluar so kena la ganti balik air yang hilang dalam badan tu)
  2. Pakaian spare in case korang tetibe jatuh kan baju kotor so tukar la. Atau korang nak bermandi manda bersuka ria macam kami kat air terjun
  3. Makanan, at least roti. Mana tahu korang lapar ke tak cukup glucose dalam badan ke so boleh la makan sikit.
  4. Ubat ubatan. Yang basic macam minyak angin, panadol, plaster. Ubat ubat lain tu bergantung la kalau korang ada penyakit lain.
  5. Torch light, kalau korang plan nak stay situ sampai petang so rasanya perlu kot bawa. Sarawak tak macam semenanjung, pukul 5 lebih je dah macam pukul 7.
Barang barang yang lain tu bergantung la dengan korang semua ye. Anyway macam biasa, enjoy the pictures! :)




Fi Hifzillah.

Interview medic UKM & UNIMAS

Assalamualaikum guys!

Harini I nak share  la pengalaman I masa interview medic / perubatan untuk degree. Masa isi UPU haritu, I isi medic dari first sampai kelima. Masatu tekad habis. Sebab tekad tu la finally dapat offer interview untuk medic UKM and UNIMAS, Sarawak.

Interview UKM

UKM punya interview is a MMI (Multi mini interview) di mana korang ada 5 active station and 4 rest station. Masa kat active station ni korang diberi soalan dan kena prepare 2 minit. Then lagi 5 minit korang kena discuss dengan interviewer kat situ. Soalan dia mostly general question and korang diberi kebebasan nak guna english / malay untuk interview ni cuma 1st station wajib malay and last station wajib english. 1 active station cuma ada satu je interviewer.

Contoh soalan

  1. Kamu perlukan duit untuk membayar yuran universiti namun biasiswa kamu tidak masuk lagi dan kamu tidak mahu menyusahkan keluarga memandangkan keluarga kamu tidak mampu. Apakah tindakan kamu?
  2. Kamu bersama rakan doktor lain di dalam bilik pembedahan. Rakan kamu mengambil gambar pesakit yang sedang menjalani pembedahan tanpa keizinan pesakit dan ingin meletakkan gambar tersebut di media sosial. Apakah tindakan kamu?
  3. Graduan pelajar perubatan kebanyakkannya masih menunggu bertahun tahun untuk menunggu panggilan housemanship. Berikan pendapat anda.
  4. Rakan baik anda tidak diterima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan manakala anda diterima. Rakan anda sungguh sedih. Apa yang patut anda lakukan?
Soalan last I dah tak ingat tapi jangan ingat lepas korang dah discuss dia takkan tanya lagi. Dalam bilik discussion nanti akan ada soalan susulan so korang kena prepare lah. Serious bebb kena fikir cepat sebab interview ni bukan jenis yang common interview yang korang boleh prepare script awal2.

Interview UNIMAS

Balik dari interview ni je I terus murung 3 hari. Interview ni macam common interview. Ada kita dan 2 orang lagi doctor. For this interview, i cakap awal awal you guys kena la prepare jawapan untuk soalan2 common tapi jangan la nak gempak sampai korang menipu. Yela, kot kot jawapan korang boleh makan diri sendiri ke kan. Interview ni fully english.

Ni soalan soalan dia tanya.
  1. Introduce yourself. Kami taknak tahu pasal gred awak, cuma bagitahu pasal family awak, pasal aktiviti koko yang awak pernah terlibat dan kenapa nak jadi doctor?
  2. Apa penyakit yang teruk yang awak tahu? Masani I jawab diabetes mellitus. Then dia sambung lagi macam mana nak prevent daripada kena penyakit tu, apa perlu buat kalau kena sakit tu. Kenapa macam tu kenapa macam ni 
  3. Pernah pergi sarawak? Apa yang awak tahu pasal sarawak?
  4. Siapa vice chancellor UNIMAS? 
  5. Apa lagi course yang ada kat fakulti kami? LOL GUESS WHAT? I dah baca tau pasal ni lepastu i lupa gila tak boleh nak recall balik apa I baca. Pastu i hentam je la jawab dentist/pharmacy. Then maybe doctor dalam tu cam annoyed kot I bagi jawapan hentam je pastu dia kata "See Farahin, awak hentam je ni. Course kat fakulti kami cuma ada 2 which is medic and nursing" masatu sis rasa cam nak nangis je bebb T_T confirm ni fail ni huwaaa
To be honest, aku rasa memang aku fail habis la interview unimas. Jawab entah merapu, main hentam. Siap minta izin nak jawab in Malay sebab tiba2 lidah kelu tak mampu nak speaking tapi sadis dia kata "Eh mana boleh" tapi confidence tu penting, kau salah ke apa kau senyum je dan jawab je bantai je. Huahuahua. Sampai sekarang takboleh brain asal dapat masuk medic unimas lol :P

Well that's all. Goodluck gais! <3