Mediary: Block 4 Ada apa dengan tulang?

Holla guys.

Semalam last paper untuk block 4. Ye Alhamdulillah masih survive dan next week dah masuk last block iaitu block 5 (yeay) tak sangka kan? Omputih kata "Time flies so fast" pastu tengok tengok dah graduate. Eh eh?

happy jonah hill GIF

Block 4 - Musculoskeletal, Head & Neck block. Dah nama ada skeletal semua, obviously block ini kita belajar pasal tulang, muscle dan sebagainya guys. Benda paling mencabar dalam blog ni tak lain dan tak bukan, satu satunya yang digeruni oleh kami semua adalah anatomy.

Bila kita sentuh bab anatomy ni, kita akan tahu each and every single thing pasal tulang. Bermula daripada upper limb sehingga la ke lower limb. Selain tulang, kita akan belajar pasal muscle yang attach kat tulang tu dan semestinya bukan setakat satu dua muscle ada dekat badan kita ni. Trust me guys, banyak gila! Sesungguhnya manusia itu sangat complicated. Okay, tulang done. Muscle done. Oh tak dilupa juga, nerve and blood supply. dan joint. oh oh ada lagi tak? Hm



Okay anatomy done, kita beralih kepada disease yang berkaitan dengan block ni macam osteoporosis, osteoarthritis, osteomyelitis, osteosarcoma, gouty arthritis dan macam macam lagi korang akan jumpa. Okay bab ni, bab PBL discussion ni semua seronok heheh. Kalau nampak depan dia osteo tu means dia relate dengan tulang. 

Selain lecturer, kita juga ada clinical session which is cara ambil history taking especially untuk disease berkaitan dengan bone and also knee examination. 

Okay ini masa clinical session, masa ni i practice buat knee examination kat stimulated patient.

I rasa i dah summarize everything berkaitan this block. Ramai kata block ni paling tough. Yes, betul tu sebab dia perlukan kerajinan korang untuk menghafal every single thing pasal tulang, muscle, nerve. Selain tu, PBL every week menyebabkan kita tak cukup masa nak study, nak cari info untuk PBL nak siapkan report family health. Semoga kita semua tabah ceh gitu.

Oh, aku rasa cara penulisan aku untuk block kali ni agak teratur. Biasalah, manusia akan sentiasa memperbaiki diri gitu hahaha. Okay la, macam biasa. Gambars






Last but not least, hey today is my birthday! I would like to say thankyou kepada sesiapa yang wish dan yang celebrate. 


That's all, See you in next block!

1 comment:

  1. Rindunya unimas! hahaha tak sangka cakap macam ni. sem ni saya intern, bulan 9 baru masuk unimas balik. Good luck untuk next block! Selamat berpuasa :)

    ReplyDelete